Wednesday, January 12, 2011

Minit Mesyuarat Ko Kurikulum 1/2011

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM
SMK TUN MUTAHIR KALI PERTAMA 2011



Tarikh : 5 Januari 2011 (Rabu)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Tayang

Kehadiran :

Tn. Hj. Zolkaply binYunus Pengetua
Pn. Hjh. Kamariah binti Othman GPK 1
En. Muhammad Radhi bin Masah GPK Ko Kurikulum
En. Ghafar bin Yahya GPK HEM
Tn. Hj. Sajat bin Ahmad GPK Khas
Pn. Manja binti Md Doli GPK Petang
Pn. Latifah binti Hassan GKMP Bahasa
Tn. Hj. Ismail bin Abdullah GKMP Teknik dan Vokasional
Pn. Lim Lay Neo GKMP Kemanusiaan
Pn. Mariah binti Abd Rahman GKMP Sains dan Matematik
Pn. Duzaimah binti Kamaruddin S/u Kokurikulum
En. Zali bin Mat Yasin S/u Sukan
En. Nor Hisham bin Zainuddin Pen. S/u Sukan
Pn. Lim Kim Chu Pyelaras Sukan & Pemainan (Pagi)
En. Zahari bin Jusoh Pyelaras Sukan & Pemainan (Petang)
En. Zakaria bin Ahmad Pyelaras Pasukan Seragam (Pagi)
En. Asmadi bin Saringat Pyelaras Pasukan Seragam (Petang)
Cik Tan Kwee Tung Pyeleras Persatuan & Kelab (Pagi)
En. Abdul Khalek bin Haji Pyelaras Persatuan & Kelab (Petang)
En. Abd Kadir bin Idris Guru Data Ko ku
En. Saiful Fadzli bin Mohamad Guru Data Ko ku
Pn. Chin Kan Thai AJK
En. Chua Kai Huat AJK
Pn. Kok Ah Cheng AJK
Pn. Khuzaimah binti Zakaria AJK
En. Kamarudin bin Abu Bakar AJK
En. Lee Hock Chan AJK
Pn. Li Zhen Ying AJK
En. Nazrul Fazly bin Che Din AJK
Pn. Noliah binti Abu bakar AJK
Cik Nurul Wahida binti Muhammad AJK
Pn. Punitha a/p Rajinram AJK
Pn. Salomi binti Naim AJK
Pn. Syariffa Gayah Abdullah AJK
Pn. Tan Jee Ngoh AJK
Pn. Tee Lee Lee AJK
Pn. Yong Siok Fang AJK

Tidak Hadir :
Cik Nor Azizi binti Mahmood AJK ( Bersebab)


1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Tn. Pengetua mengucapkan terima kasih kepada semua guru-guru yang
menghadiri mesyuarat koku kali pertama. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang baru dilantik memegang jawatan sebagai AJK koku bagi tahun 2011.

1.2 Tn. Pengetua memberi penekanan terhadap program inovasi yang sedang
dilaksanakan untuk tujuan menambah usaha bagi melonjakkan prestasi sekolah
dengan memberikan idea-idea baharu dalam tugas untuk memberikan
perkhidmatan yang berkualiti di samping dapat menjimatkan masa dan kos.

1.3 Beliau juga melahirkan rasa kecewa terhadap pencapaian murid-murid tahun
lepas dalam bidang koku yang kurang menyerlah di peringkat negeri, mahupun
kebangsaan. Namun beliau amat berbangga dengan pencapaian seorang murid
daripada pendidikan khas yang telah mengharumkan nama sekolah di peringkat
kebangsaan setelah memenangi pingat emas di kejohanan tersebut.

Tindakan : Makluman

1.4 Tn. Pengetua juga menyentuh tentang hasrat kerajaan dalam melaksanakan
Dasar 1M1S yang akan bermula pada tahun ini.Sehubungan dengan itu, beliau
berharap En. Zali dapat menyediakan satu perancangan program sukan agar
matlamat kerajaan dalam merealisasikan Dasar 1M1S dapat dilaksanakan.

Tindakan : S/u Sukan

1.5 Sebelum mengakhiri ucapan, beliau juga berharap guru-guru yang baru
mengajar di sekolah ini, dapat memberi kerjasama dari segi idea dan tenaga
agar program ini dapat dijayakan dengan cemerlang.

Tindakan : Makluman semua guru

2.0 Ucapan GPK Kokurikulum

2.1 GPK Koku membentangkan perancangan koku untuk tahun 2011

2.1.1 Pada hari Isnin, Selasa dan Rabu minggu depan akan diadakan pendaftaran Kelab dan Persatuan, Pakaian Seragam, Sukan dan Permainan bagi murid-murid Peralihan dan Tingkatan 1.
2.1.2 Bagi pendaftaran pemainan pihak koku menyediakan 9 permainan. Perjumpaan permainan akan diadakan pada hari Isnin atau Khamis. Manakala untuk latihan Rumah Sukan akan diadakan pada hari Selasa dan Rabu.
2.1.3 Aktiviti latihan untuk permainan akan bermula pada bulan Februari supaya guru-guru boleh membuat persediaan pembentukan untuk pasukan sekolah bagin peringkat kawasan di bulan Januari.
2.1.4 Guru-guru boleh merujuk buku pengurusan koku yang telah dibekalkan untuk mendapat makluman berkaitan dengan tarikh pertandingan permainan yang akan dijalankan.

Tindakan : S/u Sukan, Penyelaras, Guru Penasihat Pemainan

2.2 GPK Koku memaklumkan bahawa satu seminar koku akan diadakan pada hari
Sabtu 12 Februari ini. Beliau meminta guru-guru penyelaras kepada guru-guru
penasihat Rumah Sukan, Permainan, Pakaian Seragam dan Kelab dapat
memilih murid-murid yang terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan
AJK untuk terlibat dalam seminar tersebut.

Tindakan : S/u Koku dan semua Penyelaras

2.3 GPK Koku membentangkan tarikh-tarikh acara /aktiviti koku mengikut takwim
sekolah yang telah dimaklumkan iaitu, acara Merentas Desa ( 5 Mac), Ujian Tara
(25 April), Saringan ( 27Jun) dan Kejohanan Sukan Tahunan akan diadakan
pada 30 Jun 2011. Oleh itu latihan Rumah Sukan akan dijalankan sehingga
pertengahan tahun. Beliau juga telah menambah bilangan guru dalam setiap
Rumah Sukan untuk memudahkan pembahagian tugas dalam melaksanakan
aktiviti.

Tindakan : Guru Rumah Sukan

2.4 GPK mengingatkan guru-guru penasihat supaya menyedia dan melengkapkan
fail atau buku laporan dengan aktiviti yang dirancang bagi tujuan pemantauan
oleh JPN atau PPD. Beliau juga menyatakan satu pertandingan papan
kenyataan koku akan diadakan dan berharap guru-guru penasihat dapat
menceriakan papan-papan kenyataan dengan maklumat-maklumat yang
berkaitan dengan aktiviti yang akan dijalankan.

Tindakan : Semua Penyelaras

2.5 Guru Penasihat boleh mengambil buku laporan pengendalian koku di bilik
GPK Koku untuk dilengkapkan dengan perancangan tahunan dan laporan aktiviti
perjumpaan/latihan. Buku ini perlu dihantar pada setiap minggu iaitu sehari
selepas perjumpaan /latihan diadakan.

Tindakan : Semua Penyelaras, Guru Penasihat

2.6 GPK Koku menyatakan walaupun pada tahun lepas pencapaian dalam koku
kurang menyerlah tetapi beliau berharap perkara tersebut tidak mematahkan semangat guru-guru untuk terus memberi sumbangan dalam meningkatkan pencapaian sukan pada tahun ini seterusnya mencapai visi kita menjadikan SMKTMu sebagai sekolah berdaya saing negeri Melaka.

Tindakan : Semua Penyelaras dan guru-guru penasihat

3.0 Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Lalu

3.1 GPK Koku membentangkan minit mesyuarat

Dicadangkan oleh : En. Nazrul Fazly bin Che Din
Disokong oleh : Tn. Hj. Sajat bin Ahmad

4.0 Bangkitan Minit Mesyuarat Yang Lalu

4.1 Tiada bangkitan minit.

5.0 Perbentangan Satu Murid Satu Sukan (1M1S) oleh En. Zali. (S/u Sukan)

5.1 Beliau meminta guru merujuk surat pekeliling ikhtisas bilangan 16 yang telah
memutuskan bahawa Dasar 1M1S akan dilaksanakan mulai 2011 di semua
sekolah KPM.

5.2 Berdasarkan pekeliling tersebut , pihak sekolah hendaklah membuat
perancangan bagi pengurusan aktiviti sukan di sekolah secara sistematik supaya
dapat meningkatkan penyertaan dan membantu dalam perkembangan potensi
setiap murid sukan.

5.3 Pihak sekolah akan mengoptimumkan penggunaan kemudahan, peralatan dan
kepakaran yang sedia ada di sekolah atau kawasan persekitaran dengan
mengutamatakan keselamatan murid.

5.4 Guru-guru penasihat boleh mewujudkan rangkaian kerjasama dengan agensi
atau pihak luar bagi program pembangunan sukan di sekolah.

Tindakan : GPK Koku, S/u Koku

5.5 Pihak sekolah telah mencadangkan 9 jenis sukan permainan. Guru Tingkatan
akan membahagikan setiap murid kepada permainan-permainan tersebut.

5.6 Dalam merealisasikan dasar ini, beliau sedar kita akan berhadapan dengan
masalah kehadiran murid. Namun begitu, guru-guru perlu menyediakan sendiri
takwim perlaksanaan mengikut aktiviti/ latihan yang bersesuaian agar kehadiran
murid dapat dimanfaatkan dengan berkesan berdasarkan cadangan aktiviti yang
telah ditunjukkan.

5.7 GPK Koku menjelaskan Dasar 1M1S ini amat menitikberatkan kehadiran murid.
Oleh itu, guru-guru penasihat perlu menyenaraikan nama-nama murid yang tidak
menghadiri latihan dan menyerahkan nama tersebut kepada beliau untuk diambil
tindakan.

5.8 Beliau juga megingatkan guru-guru bahawa Dasar 1M1S ini bukan untuk
penyediaan pasukan elit sekolah tetapi melibatkan keseluruhan murid yang
belajar di sekolah ini dengan tujuan untuk pembentukan jasmani yang sihat.

Tindakan : Semua Guru penasihat Permainan

6.0 Hal-hal Lain

6.1 En. Abdul Kadir menanyakan sama ada padang hoki sesuai digunakan untuk
dijalankan sesi latihan. Beliau berpendapat rumput untuk padang hoki perlu
dipotong lebih pendek

Tindakan : S/u Sukan

6.2 Tn. Pengetua mencadangkan sekiranya guru-guru bermasalah dengan tempat
latihan boleh mencari tempat-tempat di luar yang dirasakan sesuai untuk
menjalankan aktiviti tetapi perlu dimakluman kepada pihak sekolah untuk tujuan
keselamatan .

6.3 Tn. Pengetua memaklumkan pada bulan ini akan dijalankan penyelenggaraan
untuk membaiki kerosakan kecil. Penyelenggaraan yang melibatkan kos yang
besar kita perlu tunggu peruntukan daripada jabatan.

Tindakan : Makluman

6.4 En. Ghafar menyaranan guru-guru Penasihat Rumah Sukan mesti ada semasa
pertandingan permainan antara rumah sukan diadakan untuk mengelakkan
sebarang masalah disiplin kerana melibatkan bilangan murid yang ramai.

Tindakan : Guru Penasihat Rumah, permainan

6.5 Pn. Li Zhen Yin bertanya, memandangkan Pn. Norlelawati cuti bersalin selama
90 hari, siapakah yang akan mengambil alih tugas beliau selaku Penolong
Penasihat Rumah Putra.

6.6 Tn. Pengetua memaklumkan semua tugas-tugas Pn. Norlelawati akan diambil
alih oleh guru baru iaitu Cik Safina Farveen.

Tindakan : Cik Safina Farveen.

6.7 Pn. Syariffa Gayah menanyakan, perlukah penglibatan guru-guru Penasihat
Rumah Sukan dalam sesi latihan permainan.

6.8 GPK Koku menjelaskan guru-guru Penasihat Rumah Sukan hanya memberi
fokus kepada latihan-latihan acara padang dan olahraga untuk persiapan
Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah. Manakala bagi acara permainan akan
dilatih oleh guru-guru Penasihat Permainan tetapi guru rumah perlu melantik AJK
permainan di kalangan murid untuk pengurusan semasa latihan atau
pertandingan.

Tindakan : Guru Rumah Sukan
6.9 Pn. Manja bertanya, sekiranya murid-murid yang terlibat dengan latihan sukan
luar seperti renang dan tenis, adakah ianya dikira sebagai 1 sukan kepada murid
tersebut.

6.10 GPK Koku menjelaskan murid perlu mengambil 1 daripada 9 sukan permainan
yang ditawarkan di sekolah. Ini kerana sekiranya latihan luar dikira sebagai 1
sukan kepada murid tersebut, kita akan berdepan dengan masalah dalam
membuat stastitik penglibatan murid dalam melaksanakan Dasar 1M1S. Murid
masih boleh terlibat dengan pertandingan di luar mahu pun permainan yang
disertai itu tidak terdapat dalam 9 sukan permainan yang ditawarkan di sekolah.

Tindakan : Makluman

6.11 En. Nazrul bertanya bagaimana dengan waktu latihan pasukan elit sekolah.
Adakah sama dengan latihan permainan untuk 1M1S ini.

6.12 GPK Koku menjelaskan masa dan hari yang ditetapkan adalah merujuk kepada
latihan 1M1S tetapi untuk pasukan elit sekolah, guru penasihat boleh
menentukan masa dan hari latihan mereka. Guru Penasihat diminta untuk
menghantar jadual masa latihan kepada GPK Koku untuk direkodkan dan
pemantauan.

Tindakan : Guru Penasihat Permainan


7.0 Penutup

Pengetua mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir dan berharap
guru-guru dapat memberi kerjasama dalam menjayakan Dasar 1M1S dan seterusnya
melahirkan warga SMKTMu yang berdaya saing dalam bidang Kokurikulum diperingkat
negeri mahupun kebangsaan.



Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.20 petang.


Disediakan Oleh; Pn. Duzaimah binti Kamaruddin
Setiausaha Kokurikulum SMKTMu.