Sunday, January 9, 2011

Minit Mesyuarat HEM 1/2011

MINIT MESYUARAT
JAWATANKUASA HEM KALI PERTAMA / JAWATANKUASA INDUK DISIPLIN 2011
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MUTAHIR

Tarikh : 06 Januari 2011
Masa : 2.15 petang
Tempat : Bilik Tayang

Kehadiran :

1. Tn Hj Zolkaply bin Yunus (Pengetua)
2. En Ghafar bin Yahya (GPK HEM)
3. En Muhammad Radhi bin Masah (GPK Koku)
4. Pn Manja bte Md. Doli (GPK Petang)
5. Tn Hj Sajat bin Ahmad (GPK Pend. Khas)
6. Pn Latifah bte Hasan (GKMP Bahasa)
7. Tn Hj Ismail Abdullah (GKMP Teknik dan Vokasional)
8. Pn Lim Lay Neo (GKMP Kemanusiaan)
9. Pn Zurinawati bte Mustafa (Guru B&K)
10. En Khairuddin bin Ahmad (Guru B&K)
11. Cik Abby Lim Sze Chia (Guru B&K/SU HEM/Guru PPDa)
12. Pn Siti Mariam bte Hussin (Guru B&K)
13. En Chong Nyong Soon (Ketua Guru Disiplin Pagi)
14. En Khoo Ah Seng (Ketua Guru Disiplin Petang)
15. En Saleh bin Abdul Wahid (Guru Pengawas)
16. Pn Syariffa Gayah bte Abdullah (Guru Biasiswa,Bantuan & Kebajikan)
17. Pn Hamizilawati bte Ishak (Guru Badan Kebajikan)
18. Pn Nurasyiqin Chia bte Abdullah (Guru 3K)
19. Pn Li Zhen Ying (Guru Sistem Maklumat Murid-SMM)
20. Pn Kok Ah Cheng (Guru Kebersihan dan Keceriaan)
21. Pn Yen Yeok Fern (Guru Insurans)
22. Pn Jamaliah bte Karim (Guru Kesihatan)
23. Pn Tee Lee Lee (Guru Keselamatan Pagi)
24. Pn Hasna bte Seman (Guru Kantin)
25. Pn Norazila bte Zakaria (Guru Data Disiplin/e-Disiplin)
26. Pn Nor Azlina bte Sidek (Penyelaras Prog. Pemantapan Sahsiah)
27. Pn Yong Yoke Mee (Penyelaras Peralihan & Tingkatan 1)
28. En Abd Kadir bin Idris (Penyelaras Tingkatan 3)
29. En Lee Hock Chan (Penyelaras Pendidikan Khas)
30. Pn Nazlin bte Abdul Rahman (Penyelaras SPBT)
31. Pn Siti Rokhana bte Osman (Guru Pengawas)

Tidak hadir :

1. Pn Hjh Kamariah bte Othman (bersebab)
2. Pn Mariah bte Abd Rahman
3. En Rosle bin Mahat@Kassim
4. En Zahari bin Jusoh
5. Pn Nor Haslinda Kamisan
6. En Lee Kok Kong
7. Pn Rohana bte Mamat
8. En Mohd Noor bin Md Zam
9. Pn Norazmah bte Ashary
10. Pn Lim Kim Chu
1.0 Ucapan Pengerusi (Tn Hj Zolkaply bin Yunus)

1.1 Beliau mengucapkan salam 1 Malaysia kepada semua guru yang hadir.

1.2 Beliau memaklumkan bahawa Jawatankuasa Induk Disiplin turut mengikuti Mesyuarat Jawatankuasa HEM kali pertama supaya tidak perlu memanggil guru yang sama untuk mengikuti mesyuarat untuk beberapa kali.

1.3 Beliau juga memaklumkan bahawa Pn Hjh Kamariah bte Othman tidak dapat mengikuti mesyuarat kerana puan mewakili pengetua untuk menerima sumbangan RM4800 untuk tujuan program kecemerlangan.

Tindakan : Makluman

1.4 Beliau menegaskan bahawa perkara yang penting ialah sasaran kerja dan tahun ini merupakan tahun inovasi.

1.5 Isu disiplin

1.5.1 Semua guru mesti berada di tapak perhimpunan semasa perhimpunan.

Tindakan : Semua Guru

1.5.2 Guru tingkatan dikehendaki mengambil kedatangan murid semasa perhimpunan kerana terdapat murid yang ponteng perhimpunan dan lewat. Guru bertugas bertanggungjawab membawa semua buku kehadiran ke tapak perhimpunan.

Tindakan : Guru Tingkatan & Guru Bertugas

1.5.3 Murid yang lewat sebanyak 3 kali akan dirotan.

1.5.4 Impak daripada Perkara 1.5.1 dan 1.5.2 ialah guru akan datang awal manakala murid pula tidak lewat sampai ke sekolah.

1.5.5 Selain 10 orang pentadbir yang boleh merotan, dua orang guru disiplin juga diberi kuasa untuk merotan.

Tindakan : Makluman

1.5.6 Pengetua berharap disiplin pada tahun ini akan baik.

1.6 Isu tandas

1.6.1 AJK Penyelenggaraan/Tandas perlu mengambil tindakan untuk menambahbaik tandas sekolah.

Tindakan : AJK Penyelenggaraan/Tandas

1.6.2 Pengetua menegaskan bahawa tandas bukan tempat untuk merokok.
1.7 Kelas

1.7.1 Cermin kelas yang pecah telah digantikan dengan cermin yang baru. Operasi cermin ini akan diteruskan. Jika cermin yang sedia ada tidak cukup untuk menggantikan cermin yang pecah, akan minta daripada PIBG.
Tindakan : Makluman

1.7.2 Kerja-kerja menceriakan sekolah yang dijalankan semasa cuti sekolah seperti lukisan mural diteruskan.

Tindakan : Jawatankuasa 3K

1.7.3 Pintu bagi beberapa buah kelas akan ditukarkan kepada pintu besi / aluminium terutama pintu yang kritikal.

1.7.4 Sekolah mengalami banyak kerosakan, penambahbaikan dan pengubahsuaian akan dilaksanakan secara beransur-ansur.

Tindakan : Makluman

1.7.5 Kebersihan dalam kelas perlu dijaga. Adalah dicadangkan supaya tidak menggunakan tong sampah dalam kelas tetapi menggunakan tong sampah hitam yang di luar kelas. Pn Nurasyiqin Chia memaklumkan bahawa tong sampah hitam tidak mencukupi.

1.7.6 Pengetua mencadangkan contoh program inovasi iaitu “Kelas Tanpa Tong Sampah”. Walau bagamanapun, pengetua meminta Jawatankuasa Keceriaan untuk memikirkan program inovasi bagi menjaga kebersihan di dalam kelas. Program ini akan diperincikan dalam mesyuarat guru tingkatan.

Tindakan : Jawatankuasa Keceriaan & Guru Tingkatan

1.8 RIMUP


1.8.1 Guru tingkatan memainkan peranan untuk mewujudkan kelas 1 Malaysia. Kedudukan murid dalam kelas perlu diatur semula supaya mewujudkan suasana 1 Malaysia.

Tindakan : Guru Tingkatan

1.8.2 RIMUP boleh dijalankan dalam kelas, semasa aktiviti ko-kurikulum, semasa bersukan dan sebagainya.

Tindakan : Makluman

1.8.3 Guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan boleh mengadakan aktiviti yang berunsur RIMUP.

Tindakan : Guru Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan

1.8.4 Program penerapan nilai-nilai murni diadakan pada setiap bulan. Program yang dirancang tidak semestinya ceramah. Program boleh berbentuk contohnya pameran atau pertandingan. Pengetua mencadangkan bahawa program yang dilaksanakan perlu berubah-ubah supaya tidak menjemukan.

Tindakan : Makluman

1.9 Pendaftaran murid Peralihan dan Tingkatan 1 perlu membuat penambahbaikan. Pendaftaran rumah sukan perlu dilakukan pada masa yang sama.

Tindakan : Makluman

1.10 Kantin

1.10.1 Guru kantin ialah Pn Hasnah bte Seman.

1.10.2 Air milo tidak pekat dan air berbau klorin. Pengtua mencadangkan supaya air itu ditapis.

Tindakan : Jawantankuasa Kantin

1.11 Pengurusan KWAMP berubah-ubah, maka diharapkan guru yang bertanggungjawab buat yang terbaik.

Tindakan : Makluman

2.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat

Pengerusi membentangkan minit mesyuarat yang lalu
Dicadangkan oleh : Pn Siti Rokhana bte Osman
Disokong oleh : Pn Yen Yeok Fern

3.0 Perkara Berbangkit

3.1 Pengetua memaklumkan bahawa Mesyuarat HEM kali kedua perlu diawalkan supaya tidak lewat seperti tahun lepas.

3.2 Pada tahun lepas, terdapat guru yang tidak mendapat hadiah harijadi terutamanya guru yang tarikh lahirnya jatuh pada bulan jun dan seterusnya. Hadiah ini akan diganti balik.

3.3 Adalah terpulang kepada Jawatankuasa Disiplin samada perlu memberi hadiah kepada murid yang mempunyai perkembangan positif. Wang pembelian hadiah boleh diperolehi dari sewa kantin memandangkan Unit HEM tiada peruntukan. (Rujuk minit mesyuarat HEM 2,2010, perkara 1.5)

Tindakan : Jawatankuasa Disiplin

3.4 Merujuk kepada perkara 1.8 dalam minit mesyuarat kedua Jawatankuasa HEM pada tahun 2010, Pengetua menegaskan bahawa murid yang tidur dalam kelas dibawa ke depan pejabat dan meminta ibu bapa mereka membawa balik murid tersebut. Tidak boleh menggunakan telefon sekolah untuk membuat panggilan. (Rujuk minit mesyuarat HEM 2,2010, perkara 1.8)

Tindakan : Makluman

3.5 Pn Norazila bte Sidek merupakan guru e-disiplin. Pengawas boleh membantu guru dalam melaksanakan e-disiplin manakala guru pula yang bertanggungjawab untuk menggunakan sistem e-disiplin. Pengetua menyatakan bahawa e-disiplin berkuatkuasa pada 10 Januari 2011 (Isnin).

Tindakan : Makluman

3.6 Mulai 8 Januari 2011 (Jumaat), kehadiran murid diambil semasa perhimpunan. Murid yang terdapat masalah disiplin, namanya akan dimasukkan dalam sistem e-disiplin.

Tindakan : Makluman

3.7 En Chong Nyong Soon bertanggungjawab untuk menyampaikan maklumat berkaitan e-disiplin kepada semua murid. Murid yang ponteng perhimpunan, namanya akan dimasukkan dalam e-disiplin.

Tindakan : Makluman

3.8 Jika terdapat kes buli, boleh membuat aduan melalui peti aduan di kantin. (Rujuk minit mesyuarat HEM 2,2010, perkara 3.9)

3.9 Pengtua mengucapkan tahniah kepada Pn Yen Yeok Fern kerana menjalankan tugas dengan baik pada tahun 2010. (Rujuk minit mesyuarat HEM 2,2010, perkara 3.11)

3.10 Murid yang belum membayar duit takaful pada tahun 2010 telah membuat pembayaran. (Rujuk minit mesyuarat HEM 2,2010, perkara 3.12)

3.11 Pengetua meminta guru PPDa membuat kertas kerja untuk menceriakan sudut anti dadah.

Tindakan : Guru PPDa

3.12 Pengetua berasa bersyukur kerana tiada murid yang main mercun semasa peperiksaan SPM 2010.

3.13 Bantuan perlu diberikan kepada murid yang miskin. Adalah dimaklumkan bahawa masih terdapat murid yang tiada alat-alat tulis. Program Guru Dihormati Murid Disayangi perlu diteruskan dengan program “Bantuan Pakaian dan Alat-Alat Tulis Pelbagai Kaum”.

Tindakan : Jawatankuasa Badan Kebajikan
3.14 Bantuan dihulurkan kepada murid yang benar-benar memerlukannya. Seramai 100 orang murid menerima bantuan pada tahun 2010.

3.15 Pn Hamizilawati bte Ismail memaklumkan bahawa Tahun Baru Cina menjelang tidak lama lagi. Beliau berharap maklumat murid dalam SMM perlu dikemaskini supaya dapat menghulurkan bantuan kepada murid yang memerlukannya sebelum Tahun Baru Cina.

Tindakan : Jawatankuasa Badan Kebajikan & Jawatankuasa SMM

3.16 Guru SPBT, Pn Rohana bte Mamat memaklumkan bahawa buku teks pinjaman tidak cukup tetapi masalah ini tidak kritikal. Beliau telah meminta buku teks pinjaman Tingkatan 3 dari sekolah lain.

Tindakan : Jawatankuasa SPBT

3.17 Pengetua menegaskan bahawa maklumat murid perlu sentiasa dikemaskini dan memastikan maklumat dalam SMM adalah betul bagi tujuan permohonan biasiswa. Jawatankuasa Biasiswa perlu menyampaikan maklumat berkaitan biasiswa kepada semua murid supaya tiada yang tercicir.

Tindakan : Jawatankuasa Biasiswa & Jawatankuasa SMM

3.18 Pengetua memaklumkan bahawa terdapat dua orang murid pendidikan khas yang berjaya mendapat biasiswa sukan pada tahun 2010. Biasiswa sukan hanya diberi kepada murid yang berjaya hingga ke peringkat kebangsaan.

Tindakan : Makluman

3.19 Tanda keselamatan yang rosak perlu digantikan dengan menggunakan peruntukan RM3000.

Tindakan : Jawatankuasa Keselamatan

3.20 Pengetua meminta supaya kosongkan tempat letak kereta di tepi pejabat. Beliau meminta Pn Nurasyiqin Chia bte Abdullah mendapatkan idea untuk menceriakan tempat larangan letak kereta.

Tindakan : Jawatankuasa 3K

3.21 Pengetua meminta Pn Tee Lee Lee iaitu guru keselamatan mengambil perhatian tentang tempat letak kereta dan sistem keluar masuk murid dan orang luar.
Tindakan : Jawatankuasa Keselamatan

3.22 Pn Tee Lee Lee meminta kebenaran daripada pengetua untuk menambah bilangan AJK dalam Jawatankuasa Keselamatan. Pengetua meminta beliau untuk berbincang dengan GPK HEM.

Tindakan : Jawatankuasa Keselamatan & GPK HEM

3.23 Pn Tee Lee Lee mencadangkan pihak sekolah mengeluarkan pekeliling keselamatan murid datang ke sekolah kepada ibubapa untuk makluman semua murid dan ibubapa (Program Sekolah Selamat).

3.24 Pn Siti Rokhana bte Osman mengadu wiring dalam kelas tidak baik dan terdapat anai-anai di dinding Blok G.

3.25 Pengetua menegaskan bahawa perlu memastikan tempat-tempat yang kurang selamat.

3.26 Pengetua berharap Jawatankuasa Disiplin dan Jawatankuasa Keselamatan berganding bahu untuk memastikan sekolah ‘sifar gaduh’.

Tindakan : Jawatankuasa Disiplin & Jawatankuasa Keselamatan

3.27 Meja yang dilupus itu akan dibawa tidak lama lagi memandangkan proses pelupusan agak lambat.

3.28 Pihak sekolah akan ikut sahaja Program HPV. Pengetua meminta Pn Jamaliah bte Karim membuat permohonan untuk memasang paip dan sinki di bilik kesihatan kepada PIBG. (Rujuk minit mesyuarat HEM 2, 2010, perkara 3.33)

Tindakan : Jawatankuasa Kesihatan

3.29 Pihak sekolah akan meminta bangunan tambahan.

4.0 Hal-Hal Lain

4.1 GPK HEM, En Ghafar bin Yahya melaporkan bahawa disiplin murid agak baik sejak sesi persekolahan 2011 bermula.

Tindakan : Makluman

4.2 Beliau juga memaklumkan bahawa air di kantin berbau klorin.

Tindakan : Makluman


4.3 Beliau turut memaklumkan bahawa terdapat ibu bapa yang memohon bantuan.

Tindakan : Makluman

4.4 Jawatankuasa Kesihatan perlu mengambil perhatian tentang denggi dan H1N1.

Tindakan : Jawatankuasa Kesihatan

4.5 Bilangan permohonan KWAMP akan dikurangkan.

4.6 En Saleh bin Abdul Wahid mencadangkan supaya memperkasakan pengawas. Pengawas yang menguruskan perhimpunan dan membenarkan pengawas untuk membantu guru mengambil kehadiran. Walau bagaimanapun, kehadiran perlu diambil oleh guru.

Tindakan : Guru Tingkatan

4.7 Pn Nurasyiqin Chia bte Abdullah bertanya kepada GPK HEM tentang bidang tugas AJK Kecil di bawah Jawatankuasa 3K supaya guru berkenaan mengetahui bidang tugas masing-masing. GPK HEM memaklumkan yang beliau akan turut mengikuti mesyuarat kecil bagi menjelaskan bidang tugas masing-masing.

Tindakan : GPK HEM

4.8 Pn Norazila bte Zakaria mengadu bahawa internet yang kurang stabil melambatkan proses e-disiplin. Pengetua memerlukan Jawatankuasa ICT untuk mengambil perhatian tentang perkara ini.

Tindakan : Jawatankuasa ICT

4.9 Pokok di stor sukan perlu dipotong. Papan-papan kecil keselamatan perlu dicantum dan diletakkan di pintu sekolah.

Tindakan : Jawatankuasa Keselamatan

4.10 Pn Siti Rokhana bte Osman mengadu pakaian seorang ibu yang datang ke sekolah dan pakaian murid yang datang mengambil keputusan PMR sangat menjolok mata. Adalah mencadangkan pihak sekolah membuat etika pakaian datang ke sekolah di papan untuk dipamerkan.

Tindakan : Jawatankuasa Keselamatan

4.11 En Lee Hock Chan bertanya mengenai prosedur minta dari PIBG. Pengetua menyatakan bahawa kertas kerja diperlukan hanya apabila ingin menjalankan program.

Tindakan : Makluman
4.12 Pengetua memaklumkan bahawa pembelian barang yang tidak tahu harganya memerlukan sebut harga supaya dapat menjimatkan wang.

Tindakan : Makluman

4.13 Pengetua meminta Pn Norazila bte Sidek berbincang dengan GPK Hem bagi memilih empat guru baru untuk membantu menguruskan e-disiplin. Urusetia Disiplin akan ditubuhkan.

Tindakan : Pn Norazila bte Sidek & GPK HEM

4.14 Pengetua meminta Pn Norazila bte Sidek untuk menyediakan 3 sebut harga bagi komputer untuk meminta dari PIBG.

Tindakan : Pn Norazila bte Sidek

4.15 Pengetua juga mengingatkan En Saleh bin Abdul Wahid tentang pelantikan pengawas yang akan berlangsung pada minggu ke-3 persekolahan supaya membuat persediaan awal. Beliau meminta En Saleh bin Abdul Wahid berbincang dengan guru kaunseling berkaitan dengan kem kepimpinan pengawas.

Tindakan : Guru Pengawas

4.16 Pengetua mengingatkan yang tahun ini merupakan Tahun Inovasi dan mengharapkan perbezaan pada tahun ini.


Disediakan oleh : Cik Abby Lim Sze Chia
Tarikh : 06 Januari 2011
Mesyuarat ditangguhkan : 4 petang