Tuesday, September 29, 2009

Kembali Bertugas

Selepas cuti panjang Hari Raya Aidilfitri, saya kembali bertugas. Banyak kerja yang perlu diselesaikan. Persediaan murid-murid yang menghadapi peperiksaan PMR dan SPM serta program-program lain di sekolah. Tambahan pula anak-anak sendiri ambil peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan Matrikulasi. Doa semoga anak-anak dan anak murid berjaya dengan cemerlang.

Monday, September 14, 2009

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya kepada semua sahabat, guru-guru, murid-murid dan semua ahli keluarga. Maaf, Zahir dan Batin. Semoga semua sentiasa dilindungi Allah dari segala kesulitan dan sentiasa dirahmati.