Wednesday, July 1, 2009

Kursus Jati Diri Di Durian Tunggal

Nak bentuk murid menjadi murid yang berdisiplin dan berakhlak mulia bukanlah perkara mudah. Gambar menunjukkan Cikgu Salleh Wahid, guru kanan disiplin sekolah ini sanggup menggunakan masa cutinya bersama murid-murid untuk memberi motivasi

Betulkan pagar sekolah

Ada kalanya pagar sekolah dirosakkan oleh murid-murid untuk jalan pintas antara sekolah dan taman perumahan. Atas keperihatinan pihak sekolah dan pekerja, sanggup untuk memperbaiki semula pagar yang rosdak. Semoga sekolah selamat dari pencerobohan

Membersihkan kebun

Dihujung minggu dan cuti sekolah, kalau tak ke mana, saya akan ke kebun. Gambar menunjukkan anak saya, Muhammad Zubaidi membantu saya memotong rumput di kebun Kampung Air Limau, Masjid Tanah.

Haru Guru 2009

Pelbagai acara diadakan sempena Hari Guru 2009. Antaranya ialah persembahan tarian murid-murid pendidikan khas.

Perasmian Perlantikan Pengawas 2009

Pengawas sekolah merupakan sebuah badan yang ditubuhkan untuk membantu pihak sekolah dari segi pengawalan disiplin. Pengikhtirafan mereka sebagai pengawas membolehkan mereka melaksanakan tugas dengan berkesan.

Murid-murid Pendidikan Khas

Suasana yang indah dan cantik menjadi idaman murid-murid SMK Tun Mutahir. Gambar menunjukkan murid-murid pendidikan khas sungguh seronok memerhatikan seekor kura-kura didalam kolam

Murid-murid Pendidikan Khas

Sekolah ini mempunyai seramai 38 murid pendidikan khas masalah pendengaran. Walaupun mereka tidak boleh mendengar, namun mereka boleh melakukan kerja yang lebih baik daripada murid normal. Gambar ini menunjukkan murid-murid pendidikan khas membantu pengetua mengangkat sette baru

Perjumpaan Bulanan Ko Kurikulum


Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8/2007 memutuskan untuk melaksanakan pemakaian pakaian kokurikulum setiap minggu dan menganjurkan perhimpunan kokurikulum setiap bulan. Pengetua sebagai pemimpin kenalah berikan contoh