Friday, December 30, 2011

UCAP UTAMA PENGETUA SEMPENA MESYUARAT GURU 1/2012

Bersama ini saya sertakan bahan ucaputama tersebut untuk cikgu-cikgu fikirkan bersama.

Klik disini. Klik

Thursday, December 29, 2011

Elemen Pengajaran dan Pembelajaran SKPM 2010

Bahan rujukan pengajaran dan pembelajaran untuk guru-guru SMK Iskandar Shah . Sila baca dan pastikan p&p cikgu mengikuti standard kualiti yang dikehendaki.  Sila klik disini.

Daripada

Haji Zolkaply Bin Yunus
Pengteua

Analisis PMR SMK Iskandar Shah 2011

Sila klik

Kandungan Fail Panitia

Sila klik

Sistem Fail SMK Iskandar Shah 2012

Klik disini

Buku Pentadbiran dan Pengurusan 2012

Sila klik 

Thursday, December 22, 2011

Ucapan Tahniah Atas Peningkatan Keputusan PMR 2011

 Salam sejahtera dan salam 1M. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada anak - anak murid SMK Iskandar Shah, Jasin yang telah mendapat semua A dalam mata pelajaran yang diambil dan kejayaan sekolah meningkatkan peratus lulus (99.1 ke 100%) , peratus A (61.3% ke 65.0%) dan peratus mendapat semua A (31.0% ke 32.66%). Kejayaan ini adalah hasil usaha semua pihak samada murid-murid, guru-guru, ibubapa, PIBG, PPD, JPM dan pimpinan kerajaan negeri Melaka.

Sunday, December 11, 2011

Terima Anugerah Kepimpinan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Sempena Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2011

Sempena Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2011, saya telah mendapat tempat ketiga Anugerah Kepimpinan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi. Terima kasih saya ucapkan kepada semua guru, staf sokongan dan murid-murid SMK Tun Mutahir atas kerjasama yang diberikan.

Sunday, November 27, 2011

Kertas Pembentangan Perkongsian Pintar Pengetua Negeri Melaka

Kertas Pembentangan Perkongsian Pintar Pengetua Negeri Melaka yang bertajuk Penilaian Prestasi Tahunan Secara Bersepadu.

Tarikh Pembentangan : 29 November 2011
Tempat : Bahagian Teknologi Pendidikan, Bukit Katil, Melaka
Masa : 10.00 pagi
Pembentang : Haji Zolkaply Bin Yunus, Pengetua Cemerlang SMK Iskandar Shah

Klik disiniwww.scribd.com

Saturday, November 26, 2011

SALAM MAAL HIRAH 1433

Salam Maal Hijrah 1433 semoga Allah mengubah keadaan kita kepada sebaik-baik keadaan.

Yang Iklas

Haji Zolkaply Bin Yunus

Monday, October 24, 2011

SELAMAT HARI DEEPAVALI

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia

Saya mengucapkan SELAMAT HARI DEEPAVALI kepada guru-guru, murid-murid dan rakan-rakan yang mengenali saya. Semoga anda sekalian berbahagia dan ceria bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.

Yang ikhlas

Haji Zolkaply Bin Yunus

Saturday, September 24, 2011

Ucapan Penghargaan dan Terima Kasih

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada guru-guru SMK Iskandar Shah kerana telah menjayakan Bengkel Membina Blog pada 22 September 2011, Program Solat Hajat pada 23 September 2011 dan Program Kecemerlangan Matematik PMR yang diadakan pada 24September 2011.

Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir pada majlis solat hajat.

Marilah kita mendoakan semoga usaha kita akan membuahkan hasil. InsyaAllah
 
Yang Ikhlas

Haji Zolkaply Bin Yunus.
Pengetua
SMK Iskandar Shah, Jasin, Melaka

Saturday, August 27, 2011

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1432H

Saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua ahli keluarga, kawan-kawan, guru-guru, murid-murid dan staf sokongan SMK Iskandar Shah, Jasin. Dihari yang mulia ini saya mohon maaf sekiranya ada membuat kesilapan/kesalahan. Saya juga bersedia memaafkan apa jua kesalahan saudara/saudari dan tuan/puan. 

Ikhlas daripada

Haji Zolkaply Bin Yunus
Pengetua
SMK Iskandar Shah
Jasin, Melaka


Friday, July 29, 2011

UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Kepada Guru-guru, YDP PIBG dan AJK, Staf Sokongan serta Murid-murid SMK Tun Mutahir

Salam sejahtera dan salam 1M.

Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dberi kesempatan untuk menabur bakti di SMK Tun Mutahir dengan jayanya. Kejayaan ini adalah atas sokongan penuh semua guru, PIBG, staf sokongan dan murid-murid. Apa yang saya harap semoga semua warga SMK Tun Mutahir akan terus menyumbang bakti dan memberikan sokongan penuh kepada pengetua yang baru. Harapan saya semoga pasukan kerja yang baik yang telah kita bina selama ini ditingkatkan. Saya mengambil kesempatan mendoakan semoga anda semua mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan berbahagia bersama keluarga. Kepadan anak-anak murid saya mendoakan anda berjaya dalam  peperiksaan yang akan ditempuhi.

Sekian

Wednesday, July 27, 2011

BIODATA

Salam sejahtera .Untuk mengetahui biodata saya, sila klik di bawah.

Klik

Friday, July 8, 2011

Sunday, June 19, 2011

Enrolmen Murid SMK Tun Mutahir Seperti Pada 31Mei 2011

Sila klik di bawah.

Klikhttp://www.blogger.com/img/blank.gif

Wednesday, May 25, 2011

Jadual Kelas Tambahan Semasa Cuti Pertengahan Tahun 2011

Salam 1M

Ibubapa/Penjaga/Murid-murid
SMK Tun Mutahir

Disertakan jadual tersebut untuk makluman.

Klik disini.

Friday, May 20, 2011

Terima Anugerah Kepimpinan ICT Sempena Hari Guru Peringkat Negeri Melaka 2011




Pada 21 Mei 2011, saya telah menerima Anugerah Kepimpinan ICT Peringkat Negeri Melaka sempena Hari Guru 2011 bertempat di Dewan Platinum Politeknik Merlimau, Melaka. Saya mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Pelajaran Melaka, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka, PKG Batu Berendam, Guru-guru, PIBG dan staf sokongan SMK Tun Mutahir atas bantuan yang diberikan.

Friday, May 13, 2011

SELAMAT HARI GURU

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan 'Selamat Hari Guru' kepada guru-guru SMK Tun Mutahir. Harapan saya semoga cikgu-cikgu bergembira. Saya doakan cikgu-cikgu sentiasa sihat agar kita dapat berbakti kepada masyarakat dan negara. Justeru itu, saya juga mengambil kesempatan kepada cikgu-cikgu atas kesediaan bekerjasama dengan saya untuk membuat transformasi dan penambahbaikan berterusan di sekolah ini. Lantaran itu, beberapa kejayaan telah dicapai terutamanya dalam bidang TMK (ICT). Akhirnya, sekali saya mengucapkan terima kasih atas usaha gigih cikgu-cikgu tanpa jemu. Semoga jasa baik cikgu dapat balasan yang setimpal.

SELAMAT HARI GURU

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Ikhlas dari

HAJI ZOLKAPLY BIN YUNUS
Pengetua Cemerlang
SMK Tun Mutahir
13.05.2011

Thursday, May 5, 2011

Ucapan Penghargaan dan Terima Kasih

Salam sejahtera dan salam 1M.

Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada YDP PIBG, guru-guru, staf sokongan dan murid-murid SMK Tun Mutahir atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan Kejohanan Bola Baling MSS Negeri Melaka 3-5 Mei 2011.

Yang Ikhlas


Pengetua
SMK Tun Mugtahir
5 Mei 2011

Wednesday, March 30, 2011

Kelas Tambahan Matematik Tingkatan 3

Salam 1M

Kepada

Ibubapa/Penjaga
Murid Tingkatan 3A
SMK Tun Mutahir

Tuan/Puan

Kelas tambahan tersebut akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 2 APRIL 2011
Masa : 9-11 pagi
Tempat :Kelas 3A

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih

Yang benar

Pengetua

Sunday, March 13, 2011

Perancangan Strategik ICT SMK TUN MUTAHIR 2010-2012 SERTA PELAN TAKTIKAL 2010 DAN 2011

Salam 1M kepada guru-guru SMK Tun Mutahir

Disertakan perkara tersebut di atas untuk makluman/tindakan cikgu. Semoga perancangan kita akan berjaya. Untuk itu sila klik di bawah:-

Perancangan Strategik ICT 2010-2012
Pelan Taktikal 2010
Pelan Taktikal 2011

Kajian Tindakan Pengetua

Salam sejahtera
Sekiranya rakan-rakan, guru-guru dan murid-murid ingin membaca kajian tindakan saya/kertas kerja program sekolah sila klik di bawah

Bahan Kajian / Kertas Kerja Sekolah

Thursday, March 3, 2011

Pemberitahuan Kelas Tambahan Matematik Tingkatan 3A

Kepada Ibubapa/Penjaga
Murid 3A
SMK Tun Mutahir

Sukacita dimaklumkan kelas tambahan tersebut akan diadakan seperti berikut :

Tempat: Kelas 3A
Masa : 9.00-11.00 pagi

Kehadiran adalah wajib


Pengetua
SMK Tun Mutahir

Tuesday, February 22, 2011

Pencerapan dan Pemeriksaan Buku Latihan Murid 2011

Pohon kerjasama guru-guru menghantar buku-buku latihan untuk disemak oleh pentadbir sebelum pencerapan. Ianya bertujuan untuk memudahkan penthttp://www.blogger.com/img/blank.gifadbir membuat penilaian dalam borang SKPM. Senarai pentadbir yang terlibat memeriksa buku-buku latihan dan mencerap pengajaran guru dilampirkan. Klik lampiran

Thursday, February 10, 2011

Makluman Untuk Guru-guru SMK Tun Mutahir

Salam 1M.

1. Pohon kerjasama guru-guru untuk memasukkan RPT ke dalam blog panitia masing-masing. Semua pentadbir diminta untuk menyemaknya melalui blog.

2. Pohon kerjasama GPK-GPK, Ketua-ketua Panitia dan Ketua Unit yang bertanggungjawab menguruskan kewangan untuk menyediakan Perancangan dan Perbelanjaan Panitia/Unit masing-masing dan akan dibentangkan dalam mesyuarat JK Kewangan dalam masa terdekat.

Terima kasih atas kerjasama.

Pengetua

P & P Cemerlang Ustazah Norazmah Kelas 5SN/SI

Wednesday, February 9, 2011

Pemberitahuan Kelas Tambahan Matematik Tingkatan 3A

Kepada

Ibubapa Murid-murid Tingkatan 3A

Tuan/Puan

Sukacita dimaklumkan kelas tersebut akan diadakan pada 12 Februari 2011( Sabtu) jam 9.00-11.00 pagi. Kehadiran adalah wajib.

Pengetua

Monday, February 7, 2011

RPT PJK Peralihan

Sila klik pautan di bawah

Klik pautanhttp://www.blogger.com/img/blank.gif

RPT Bahasa Cina 2011

Sila klik pautan di bawah

Klik pautanhttp://www.blogger.com/img/blank.gif

Kertas Kerja Program Nilam dan PSS

Sila klik pautan di bawah

Klik pautanhttp://www.blogger.com/img/blank.gif

Sunday, February 6, 2011

Sunday, January 30, 2011

Data Murid Seperti Pada 31 Januari 2011

Sila klik lampiran yang di bawah

Lampiranhttp://www.blogger.com/img/blank.gif

Scheme of Work Mathematics Form 3

Klik lampiran yang dikepilkan

Lampiranhttp://www.blogger.com/img/blank.gif

Rancangan Pengajaran Tahunan Matematik Tingkatan 3

Sila klik lampiran di bawah

Lampiranhttp://www.blogger.com/img/blank.gif

Penghargaan Dari YDP PIBG

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia Tuan Haji.

Saya amat bangga dengan perkembangan bolg sekolah kita kerana dapat memuatkan segala butir-butir yang terbaru. Harap maklumat begini dapat membantu kita bersama-sama mendekati perkembangan semua aktiviti sekolah kita. Teruskan usaha ini. Syabas diucapkan kepada guru yang bertanggung-jawap terhadap kemaskinikan dengan peristiwa-peristiwa terbaru.

Juga disyorkan kalau boleh masukan gambar bangunan sekolah kita didalam blog supaya ianya akan memberi satu gambaran yang jelas kepada semua pembaca blog kita.

Sekian, terima kasih.

Saturday, January 29, 2011

Enrolment Murid Tingkatan 1 2011

Sila klik lampiran di bawah

Lampiran

CUTI GANTI 2011

Sila lihat lampiran dikepilkan

CUTI GANTI 2011

SELAMAT TAHUN BARU CINA

Salam 1M dan salam perpaduan. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan 'SELAMAT TAHUN BARU CINA'kepada guru-guru dan murid-murid SMK Tun Mutahir. Semoga kita mempertingkatkan lagi perpaduan dan kerjasama kita untuk membina sekolah berdaya saing.

TAHNIAH KEPADA GURU-GURU DAN PIBG SMK TUN MUTAHIR

Salam sejahtera dan salam 1M. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada anda sekalian atas daya usaha memulakan program inovasi sekolah tahun 2011. Semoga usaha kita ini akan membawa perubahan serta melonjakkan prestasi sekolah. Terima kasih juga kepada YDP PIBG yang menyokong penuh usaha kita.

Wednesday, January 26, 2011

PROGRAM “LEARNING ENGLISH THROUGH ICT AND POWER POINT PRESENTATION”

1. Teaching of Literature Component in English
TEMPAT : Makmal Komputer
MASA : sekali seminggu, single period atau 2 minggu sekali, double period.
HARI : Mengikut masa P & P guru

SASARAN : Tingkatan 3, pelajar kelas cemerlang dan sederhana.

Objektif : Meningkatkan minat pelajar membaca literature text
Meningkatkan kemahiran belajar melalui internet dan penciptaan power point
Mendedahkan pelajar berani bercakap melalui kaedah pembentangan
Power- points
Meningkatkan kreativiti pelajar melalui pencarian bahan pembentangan.
Mampu menghabiskan syllabus dengan lebih cepat, dan berkesan.
Markah dan aktiviti PLBS dapat di jalankan serentak dan menjimatkan masa.
P & P berlaku dalam mood pelajar lebih ceria , perbendaharaan kata dapat
diperkayakan

Pelaksanaan Aktiviti :

- Novel Literature Component terbahagikan kepada beberapa chapters.
- Pelajar di bahagikan kepada kumpulan dan setiap kumpulan di tugaskan satu
chapter, membaca mencari info yang lengkap dan membentangkan nya dalam
bentuk power points.
- Guru matapelajaran setiap kelas juga di saran membina blog untuk pelajarnya
Untuk tujuan penyimpanan maklumat atau perekodan pembentangan
Pelajar juga di galakkan untuk memuatkan penulisan masing-masing ke dalam
blog subjek mereka.
- Pertandingan pembentangan hasil kerja atau penulisan terbaik, di jalankan bagi menggalakkan inovasi dan kreativiti pelajar.

Disediakan oleh
Pn Khuzaimah Bt Zakaria

Ucapan Tahniah YDP PIBG

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia Tuan Haji

Terlebih dahulu saya sebagai YDP SMK TUN MUTAHIR berasa bangga diatas kejayaan sekolah kita mendapat sijil penghargaan daripada jabatan berhubung dengan pencapaiaan kita diadalam ICT dimana saya difahamkan hanya beberapa sekolah sahaja layak untuk menerima 5 BINTANG ini.

Syabas dan Tahniah semoga usaha-usaha gigih yang ditaburkan selama ini oleh Tuan Haji serta semua guru-guru sekolah ini dapat mendorong untuk mendapatkan tahap sedemikian. Semoga saya berdoa dan berharap agar banyak lagi anugerah akan dicapai oleh sekolah kita ini dimasa-masa akan datang.

Selamat Maju Jaya.


Yang benar,
A.N. VELAITHAN
YPD PIBG- SMK TUN MUTAHIR

SMK TUN MUTAHIR TERIMA ANUGERAH 5 BINTANG DALAM PROGRAM PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH BERASASKAN INSTRUMEN "SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARD 2010



Tuesday, January 25, 2011

KERTAS CADANGAN PROGRAM KBK (KAWAN BANTU KAWAN) MATEMATIK 2011

1.0 PENDAHULUAN

Pencapaian prestasi Matematik dalam peperiksaan dalaman dan awam didapati masih rendah di peringkat sekolah dan di peringkat negeri Melaka. Untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti, Panitia Matematik memperkenalkan Program KBK (Kawan Bantu Kawan) kepada semua pelajar tingkatan 1,2,3,4 dan 5 bagi 3 kelas yang pertama setiap tingkatan.

Seperti yang diketahui mempelajari matematik memerlukan disiplin yang tinggi. Untuk menguasai matematik, pelajar perlu banyak membuat latihan. Semakin banyak latihan yang dibuat, semakin cekap pelajar dapat menguasai sesuatu topik. Oleh kerana itu ,program ini diperkenalkan bagi membantu pelajar lemah menjadi pelajar cemerlang supaya setiap pelajar dapat berkongsi belajar bagi meningkatkan peratus lulus dari segi kualiti dan kuantiti dalam peperiksaan dalaman dan awam.

2.0 MATLAMAT
Meningkatkan kualiti dan kuantiti peratus lulus mata pelajaran Matematik dalam peperiksaan dalaman dan awam.

(Sila rujuk Lampiran A)

3.0 OBJEKTIF

Bagi membantu pelajar yang sederhana dan lemah pencapaiannya dalam Matematik untuk:

· Mendapat keputusan gred cemerlang A+ atau A.

· Meningkatkan motivasi pelajar sederhana dan lemah supaya dapat bersaing dengan prestasi pelajar cemerlang.

· Mencapai target cemerlang (> 50% ) di peringkat PMR dan SPM.

4.0 SASARAN


Guru matematik (mata pelajaran), 3 kelas pertama setiap tingkatan - Menengah Rendah (Kelas Ixora, Alamanda, Jasmine), Menengah Atas (Kelas SN, SSI, PA)


5.0 TARIKH, HARI DAN MASA



Tarikh: 14 Februari 2011 hingga Peperiksaan PMR dan SPM 2011

Dilaksanakan waktu persekolahan semasa pengajaran dan pembelajaran matematik dan di luar waktu persekolahan.


6.0 TEMPAT



Kelas masing-masing dan di luar kelas

7.0 PENGANJUR

Panitia Matematik, SMK Tun Mutahir, Melaka





8.0 SUMBER PENDAPATAN & ANGGARAN PERBELANJAAN



PCG Matematik ( Sila rujuk lampiran B )





9.0 INPUT



Latih-tubi dengan mengamalkan Kaedah Belajar Berkumpulan.





10.0 JAWATANKUASA



Sila rujuk lampiran C1 ,CII, D1 dan DII





11.0 JADUAL TENTATIF PROGRAM



Sila rujuk lampiran E





12.0 PENILAIAN PROGRAM



· Tugasan yang diberikan oleh guru (2 minggu sekali)

· Ujian dan Peperiksaan

· Kuiz

· Lain-lain

13.0 PENUTUP

Dengan sokongan padu serta pelbagai kepakaran dan pengalaman guru-guru Matematik, program ini diharap dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti mata pelajaran Matematik dalam peperiksaan dalaman dan awam setiap tahun.



Menerusi pelaksanaan Program KBK (Kawan Bantu Kawan) ini juga Panitia Matematik dapat melahirkan seramai mungkin pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran Matematik. Semoga program ini juga berjaya mencapai matlamat serta objektif visi dan misi sekolah.

Monday, January 24, 2011

KERTAS KERJA KURSUS PENGURUSAN KEPIMPINAN KOKURIKULUM SMK TUN MUTAHIR,MELAKA, 2011

1. PENDAHULUAN

Ilmu kepimpinan dan pengurusan kepada para pemimpin Kelab dan Persatuan, Unit Pasukan Pakaian Seragam dan Pasukan Sukan dan Permainan sekolah adalah amat penting untuk dikuasai oleh setiap AJK tertinggi yang telah dilantik. Maka sewajarlah mereka ini diberi pendedahan supaya para pelajar ini dapat memacu pasukan mereka ke arah satu organisasi yang lebih berkesan. Adalah diharapkan, kursus yang dianjurkan ini akan dapat memberikan input dan gambaran yang lebih jelas kepada semua peserta yang terlibat tentang pengurusan organisasi yang diceburi dan seterusnya dapat membantu untuk merancang dan meningkatkan aktiviti yang dapat menarik minat ahli-ahlinya.

2. OBJEKTIF

2.1 Untuk memberi pengetahuan dan pendedahan asas pengurusan aktiviti kokurikulum kepada AJK tertinggi.
2.2 Untuk melahirkan pemimpin pelajar yang berkualiti dan mampu menjalankan tugas dengan berkesan.
2.3 Untuk memantapkan perjalanan aktiviti kokurikulum.
2.4 Untuk meningkatkan keyakinan dan jati diri AJK tertinggi dalam pengendalian organisasi.

3. TARIKH

12 HB FEBRUARI 2011 ( SABTU )

4. MASA

7.30 PAGI HINGGA 3.00 PETANG


5. TEMPAT
DEWAN MUTAHIR, SMK Tun Mutahir, Melaka.

6. KUMPULAN SASARAN

188 Peserta yang terdiri daripada 4 orang AJK Tertinggi iaitu Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari untuk setiap pasukan/ persatuan/ kelab.

7. AHLI JAWATANKUASA PROGRAM ( Rujuk Lampiran 1)

8. PERBELANJAAN KURSUS

BIL PERKARA
JUMLAH (RM)
1 SIJIL
FAIL
BAHAN KURSUS

RM 3.70 X 188 PESERTA RM 1.00
RM 1.70
RM 1.00

RM 695.60
2 2.1 SARAPAN PAGI
RM 2.50 X 188 PESERTA

2.2 MAKAN TENGAHARI
RM 4.00 X 188 PESERTA

2.3 MINUM PETANG
RM 2.50 X 188 PESERTA

2.4 JAMUAN MAJLIS PERASMIAN
RM 5.00 X 20 TETAMU
RM 470.00


RM 752.00


RM 470.00


RM 100.00
3 CENDERAMATA PENCERAMAH
RM 100.00 X 4 PENCERAMAH
RM 400.00
4 BANNER RM 120.00
JUMLAH RM 3007.60

9. PUNCA PENDAPATAN
PERUNTUKAN MOTIVASI UNIT KOKURIKULUM/ SUWA KOKURIKULUM

10. PENUTUP
Adalah diharapkan agar program ini akan dapat berjalan dengan lancar dan mencapai matlamatnya. Kerjasama daripada semua pihak amatlah

Sunday, January 23, 2011

PEKELILING PENGETUA BILANGAN 7/2011 KESELAMATAN DIRI MURID SEMASA PERJALANAN PERGI DAN BALIK SEKOLAH

KEPADA:
Ibu Bapa / Penjaga dan Murid
SMK Tun Mutahir,
Batu Berendam,
75350 Melaka

KESELAMATAN DIRI MURID SEMASA PERJALANAN PERGI DAN BALIK SEKOLAH

Pendahuluan

Keselamatan diri murid dalam perjalanan pergi dan balik ke sekolah memerlukan perhatian serius kerana banyak kemalangan boleh berlaku sekiranya semua pihak tidak peka.
Rasional
• Ramai murid yang pergi dan balik sekolah terdedah dengan bahaya akibat kecuaian ataupun tidak mementingkan aspek keselamatan.
• Kurang kesedaran daripada keluarga dan masyarakat dari segi menjaga keselamatan diri murid pergi dan balik sekolah.
• Keupayaan sekolah dalam menangani isu-isu keselamatan di luar kawasan sekolah amat terbatas tanpa sokongan keluarga dan masyarakat.
• Perlunya pihak sekolah menyediakan persekitaran yang selamat untuk warga sekolah melalui pendidikan keselamatan diri dalam perjalanan pergi dan balik.

Objektif

• Menyedia dan menyebarkan maklumat tentang tatacara tindakan keselamatan diri murid pergi dan balik sekolah.
• Mengenal pasti masalah berkaitan penggunaan laluan perjalanan pergi dan balik sekolah.
• Semua pihak faham dan bertindak berdasarkan tatacara yang disediakan apabila melibatkan keselamatan diri murid pergi dan balik sekolah.
• Mengambil tindakan yang betul berdasarkan peraturan yang disediakan.

Peranan Murid

• Anda mesti memastikan kenderaan yang anda naiki ke sekolah adalah selamat.
• Anda mesti mematuhi arahan pihak yang mengawal kenderaan seperti pemandu dan polis.
• Memahami dan mengamalkan peraturan mengenai keselamatan diri dalam perjalanan ke sekolah.
• Anda hendaklah sepanjang masa mengamalkan langkah-langkah keselamatan seperti berikut:

o Sentiasa sedar dan peka tentang kemungkinan berlakunya perbuatan jenayah ke atas diri anda.
o Berjalan dalam kumpulan dan menggunakan laluan yang selamat.

o Melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran seni mempertahankan diri.

• Mengelakkan diri daripada berinterakrasi dengan orang yang tidak dikenali.
• Melaporkan kepada pihak pentadbir sekiranya terdapat sesuatu yang mencurigakan berlaku.
• Tidak menumpang kenderaan orang yang tidak dikenali.

Peranan Ibu Bapa

• Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam merancang dan menguatkuasakan keselamatan murid pergi balik sekolah.
• Membantu pihak sekolah melaksanakan gotong-royong membersihkan kawasan semak laluan ke sekolah, meronda dan bergiat aktif dalam Jawatankuasa Permuafakatan.
• Memastikan anak selamat pergi dan balik sekolah.
• Mendidik anak dalam aspek keselamatan diri.
• Memastikan anak-anak pergi dan balik sekolah dengan kawan-kawan atau dalam kumpulan.
• Memastikan anak-anak supaya tidak berinteraksi atau mengikut orang yang tidak dikenali.


TATACARA MURID

Pergi dan balik menggunakan kenderaan awam

• Kenderaan awam yang dimaksudkan ialah bas, teksi, van, kereta api, LRT atau komuter.
• Kenal pasti kenderaan yang biasa dinaiki sama ada melalui nombor plat, pemandu, kelindan atau identiti khas.
• Memastikan kenderaan betul-betul berhenti apabila turun atau naik.
• Berbaris dan tidak berebut/ tunggu giliran semasa turun atau naik dan tidak bertolak-tolak dengan rakan.
• Sekiranya duduk di kerusi, duduklah dengan tertib.
• Sekiranya tiada tempat duduk dan terpaksa berdiri, pastikan berdiri dalam keadaan stabil dengan memegang pemegang yang disediakan dan jangan berdiri di tangga.
• Jangan bergurau senda, bermain, melambai tangan keluar, mengeluarkan atau menjengokkan kepala, mencampak barang keluar atau lain-lain perbuatan yang boleh membahayakan diri dan orang lain.
• Setelah tiba di destinasi, turunlah dari kenderaan yang dinaiki setelah betul-betul berhenti dan jangan berebut/bertolak-tolak dan terus menuju ke rumah/sekolah.
• Sekiranya perlu menyeberang jalan pastikan tiada kenderaan di kiri dan kanan.
• Apabila berlaku kemalangan, ikut panduan Tatacara Berlaku Kemalangan.

Pergi dan balik menggunakan kenderaan sendiri

Kenderaan sendiri yang dimaksudkan ialah kenderaan yang dibawa oleh pelajar sendiri seperti kereta, motorsikal dan juga basikal

• Memandu kereta
o Memastikan kereta ada insurans lengkap dengan cukai jalan dan dalam keadaaan sempurna.
o Pelajar yang menggunakan kereta juga mesti mempunyai lesen memandu.
o Sentiasa memakai tali pinggang keledar ketika memandu.
o Mematuhi peraturan lalu lintas di jalan raya.
o Apabila tiba di sekolah, patuhi peraturan lalu lintas di sekolah
o Sekiranya berlaku kemalangan minta bantuan orang terdekat dan laporkan segera kepada guru/guru bertugas/pentadbir.
o Seterusnya ikut tatacara kemalangan sekiranya berlaku kemalangan.

• Menggunakan motosikal
o Memastikan motosikal ada insuran lengkap dengan cukai jalan dan dalam keadaan sempurna.
o Pelajar yang menggunakan motosikal juga mesti mempunyai lesen memandu
o Gunakan topi keledar dan pakaian yang boleh memantulkan cahaya
o Patuhi peraturan di jalan raya.
o Jangan berlumba, bergandingan, bergurau senda semasa menunggang atau membawa pembonceng lebih daripada seorang.
o Apabila tiba di sekolah, patuhi peraturan lalu lintas di sekolah.
o Sekiranya berlaku kemalangan minta bantuan orang terdekat dan laporkan segera kepada guru/guru bertugas/pentadbir.
o Seterusnya ikut prosedur sekiranya berlaku kemalangan.

• Menggunakan basikal
o Mahir menggunakan basikal dan pastikan basikal berkeadaan baik.
o Jangan bawa pembonceng.
o Jangan berlumba.
o Jangan bergurau senda.
o Jangan mengayuh terlalu laju.
o Jangan bersaing-saing/bergandingan.
o Setelah tiba di sekolah ikut peraturan lalu lintas sekolah.
o Sekiranya berlaku kemalangan ikut prosedur apabila kemalangan berlaku.


Pergi dan balik dengan berjalan kaki

• Melintas jalan
o Cari tempat terdekat dan selamat untuk melintas jalan.
o Hendaklah berdiri di atas kaki lima jalan.
o Undur ke belakang dua langkah apabila melihat kendraan besar.
o Ikut arahan trafik warden jika ada.
o Apabila hendak melintas jalan lihat kanan, lihat kiri dan lihat kanan semula. Melintas apabila sudah pasti tiada kenderaan.
• Tempat yang selamat melintas jalan raya
o Lintasan pejalan kaki (lintasan zebra)
o Laluan bawah.
o Jejantas.
o Dekat lampu isyarat.
o Di tempat-tempat yang terdapat anggota polis, warden trafik dan pengawal lalu lintas.
o Jangan melintas jalan di celah-celah kenderaan.

• Cara Melintas jalan di lintasan pejalan kaki
o Nampakkan diri anda kepada pemandu kenderaan.
o Setelah semua kenderaan berhenti, barulah melintas dengan cermat.

• Cara Melintas Jalan di Lampu Isyarat
o Melintas apabila lampu pejalan kaki berwarna hijau.
o Apabila lampu hijau berkelip-kelip, jangan melintas/jika sedang melintas, teruskan melintas secepat mungkin.
• Berjalan kaki di kawasan awam
o Gunakan kaki lima jalan sebelah kiri.
o Jika tiada kaki lima, gunakan bahu jalan sebelah kanan.
o Jangan bergandingan.

Dihantar oleh ibu bapa/penjaga

• Jika menggunakan kereta atau van pastikan pintu kenderaan ditutup sempurna sebelum kenderaan bergerak.
• Gunakan tali pinggang keledar/ topi keledar.
• Jangan bermain/ bergurau semasa kenderaan bergerak.
• Memastikan kenderaan betul-betul berhenti sebelum turun/naik kenderaan.
• Jika perlu melintas jalan, pandang kanan, kiri dan kanan sebelum melintas.


TATACARA IBU BAPA

• Memastikan anak memiliki lesen memandu, insuran, cukai jalan dan kenderaan dalam keadaan sempurna.
• Menemani anak menaiki bas, berjalan kaki dalam keadaan gelap/hujan/sunyi dan menunggu kenderaan tiba.
• Mengingatkan/menasihat anak supaya sentiasa berwaspada dengan orang-orang yang tidak dikenali dan berhati-hati semasa pergi dan balik sekolah.
• Mengambil tahu waktu anak pergi dan balik sekolah dan menghubungi pihak sekolah sekiranya anak lewat balik.
• Memastikan anak memakai pakaian cerah atau bahan reflektif jika berjalan dalam keadaan cuaca gelap.
• Memastikan anak berjalan secara berkumpulan jika melalui kawasan yang semak/sunyi/gelap.

HAJI ZOLKAPLY BIN YUNUS
PENGETUA
SMK TUN MUTAHIR
24 JANUARI 2011

Friday, January 21, 2011

KERTAS KERJA PROGRAM BIJAK BELAJAR TAHUN 2011

KERTAS KERJA PROGRAM BIJAK BELAJAR TAHUN 2011



1.0 PENDAHULUAN

Kecemerlangan dalam kerjaya dan dunia materialistik sering menjadi idaman semua orang dewasa ini. Namun demikian dalam mengejar kecemerlangan, para pelajar sering kali terlupa bahawa aspek keberkesanan dan kualiti dalam akademik telah dipinggirkan dan tidak diambil perhatian. Kebanyakan daripada pelajar kurang menitikberatkan kemahiran-kemahiran belajar yang sistematik dan konsisten. Oleh yang demikian, Program Bijak Belajar ini dirancang untuk membantu memperkukuhkan tahap pencapaian akademik para pelajar di sekolah ini.



2.0 RASIONAL

Program ini dijalankan bagi membantu meningkatkan kesedaran para pelajar untuk menguasai teknik-teknik dan kemahiran dalam pembelajaran. Selain itu, program ini dapat juga memberi pendedahan dan garis panduan untuk menjadi pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang.


3.0 MATLAMAT

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memperkukuh dan memperkasakan prestasi akademik dan akhirnya dapat menjadi pelajar-pelajar yang dapat dicontohi oleh semua lapisan masyarakat.


4.0 OBJEKTIF

4.1 Memberi kesedaran kepada para pelajar untuk meningkatkan prestasi dalam akademik.

4.2 Mengamalkan suasana belajar yang kondusif dan positif dari masa ke masa.

4.3 Menyuntik semangat pembelajaran dalam diri semua pelajar dan dapat mengetahui teknik belajar yang betul.


5.0 KUMPULAN SASARAN

Para pelajar tingkatan 1, 3, 4 dan 5




6.0 TARIKH / TEMPAT & MASA

Tarikh : 24 Januari 2011 ( Isnin ) - Para pelajar tingkatan 1
25 Januari 2011 (Selasa) - Para pelajar tingkatan 4
26 Januari 2011 (Rabu) –Para pelajar tingkatan 3
27 Januari 2011 (Khamis) - Para pelajar tingkatan 5
Tempat : Dewan Mutahir
Masa : 11.30 pm – 1.00 pm (tingkatan 1)
12.00 pm – 1.30 pm (tingkatan 3, 4 dan 5 )


7.0 PENGANJUR

Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKTMu



8.0 PERBELANJAAN PROGRAM

Sila Rujuk Lampiran A



9.0 INPUT

Segala input sewaktu ceramah / sesi dialog / soal jawab sewaktu ceramah
dijalankan.



10.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Sila Rujuk Lampiran B



11.0 JADUAL TENTATIF PROGRAM

Sila Rujuk Lampiran C






12.0 PENILAIAN PROGRAM

12.1 Perubahan dalam pencapaian dan prestasi akademik yang lebih baik
berbanding sebelum program ini dijalankan dalam diri masing-masing.
12.2 Mendapat kejayaan serta keberkatan hidup sama ada di dunia dan di
akhirat kelak.



13.0 PENUTUP DAN RUMUSAN

Diharapkan dengan kerjasama dan sokongan yang padu dalam kalangan semua jawatankuasa yang terlibat menjayakan program ini akan dapat membantu memperkukuh dan memperkasakan nilai-nilai keilmuan seterusnya dapat menghayati serta mengamalkan teknik-teknik dan kemahiran belajar yang betul supaya dapat menjadi pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat.


‘ Kecemerlangan Akademik Teras Pembangunan Negara ’



DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK OLEH,



…………………………………….... ……………………………....
( PN. SITI MARIAM BINTI HUSSIN ) ( PN. MANJA BT MD. DOLI )
Setiausaha Program Bijak Belajar, Pengerusi IV
SMK Tun Mutahir, Program Bijak Belajar,
Batu Berendam, Melaka. SMK Tun Mutahir,
Batu Berendam, Melaka.



DISAHKAN OLEH,


…………………………………..
( HJ. ZOLKAPLY BIN YUNUS )
Pengetua
SMK Tun Mutahir,
Batu Berendam, Melaka.

KERTAS KERJA PROGRAM MAAL HIJRAH 1432 PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SMK TUN MUTAHIR MELAKA.

KERTAS KERJA
PROGRAM MAAL HIJRAH 1432
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SMK TUN MUTAHIR
MELAKA.


01. PENDAHULUAN

Dari segi bahasa Maal Hijrah bermaksud sama-sama berpindah. Dari segi istilah bermaksud berpindah dari perkara yang negetif kepada yang positif dan dari perkara yang positif kepada yang afdhal. Justeru penghayatannya perlu ada dalam rangka membina satu misi perjuangan hidup islam yang lebih jitu dalam jiwa muslimin dan muslimat warga SMKTMu.


02. RASIONAL

Dalam kurikulum pendidikan Islam tingkatan 1 terdapat tajuk hijratur rasul. Pelajaran ini diajar untuk menghayati perjuangan Rasulullah SAW dalam peristiwa Hijratur Rasul . Pelbagai motivasi kehidupan dapat diambil untuk dijadikan panduan dalam kehidupan. Ianya menjadi inspirasi dalam menuntut ilmu dan perubahan akhlak supaya kehidupan menjadi selaras dengan nilai-nilai kehidupan yang berbahagia.

03. OBJEKTIF

3.1 pelajar memahami maksud hijrah yang sebenarnya.
3.2 mengetahui plot penghijrahan Nabi SAW dan para sahabat.
3.3 mengambil iktibar dari peristiwa hijrah.

04. TARIKH

27 Januari 2011 (sesi petang 11.30 – 12.30 pg )
(sesi pagi 1.30-2.30ptg)
05. TEMPAT

Dewan SMKTMu.

06. SASARAN

Pelajar Islam SMK Tun Mutahir





07. JAWATANKUASA PROGRAM MAAL HIJRAH 2011

JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi Tuan Haji Zolkaply Yunus

Naib Pengerusi
Tuan Haji Sajat Ahmad
Naib Pengerusi
Tuan Haji Abdul Razak Baba
Setiausaha
Puan Fazilah Hussin

AHLI JAWATANKUASA

Persiapan tempat sebelum dan selepas En. Nor Hisham bin Zainuddin
En. Yussup bin Ismail

Pengerusi majlis Ustaz Rosle Mahat

Buku Program Nota Edaran
Ustaz Abdul Razak Baba

Persembahan Nasyid Maal Hijrah
Ustazah Fazilah Hussin
Pn. Siti Munirah Shahari
En. Muhammad Izuan bin Rejab

Persembahan Bercerita Multimedia
Ustazah Norazmah Ashary
Puan Norazila binti Zakaria
Pn. Hjh Rozita binti Mohd Saad

Pertandingan Kuiz
Ustaz Rosle Mahat
Cik Nurfadiah binti Muhammad
Cik Nor Eleeza bintiAmir
Pn. Roshaya bin Mohd Sohor
En.Nazrul Fazley
En. Kamaruddin bin Abu Bakar
Pengawas P.A. Sistem
AJK jamuan bubur asyura Ustazah Norazlina Sidek
Cik NoorAzrina Ruhaida
Pn. Hamizilawati binti Ishak
Pn. Khatirina bt Mat Shah
Pn. Zawiyah binti Mohammad
Pn. Hasnah binti Seman
AJK Kawalan Disiplin En Salleh bin Wahid
Pn Siti Rokhana Othman


08. ATURCARA PROGRAM
Sesi petang

11.30-11.35 pagi Guru dan peserta mengambil tempat.
11.35 – 11.40 pagi Ucapan Perasmian Tuan Pengetua.
11.40 – 11.55 pagi Persembahan bercerita multimedia peristiwa perpindahan Nabi SAW.
11.55-12.20 tengahari Pertandingan kuiz berkumpulan.
12,20-12,25 tengahari Persembahan nasyid pelajar tingkatan dua.
12.25-12.30 Jamuan makan bubur asyura.



Sesi pagi

1.30-1.35 ptg Guru dan peserta mengambil tempat.
1.35 – 1.55 ptg Persembahan bercerita multimedia peristiwa perpindahan Nabi SAW.
1.55-2.20 ptg Pertandingan kuiz berkumpulan.
2,20-2,25 ptg Persembahan nasyid pelajar tingkatan dua.
2.25-2.30 ptg Jamuan makan bubur asyura.

09.ANGGARAN BELANJAWAN.

Perbelanjaan dari wang kegiatan pelajar Islam. ( )

1. Wang tunai hadiah persembahan bercerita
1X RM 20.00

2. Wang Tunai Hadiah pertandingan kuiz
Johan 3 X 20.00 sesi pagi
Johan 3 X 20.00 sesi petang

3. 1 Hamper hadiah kumpulan nasyid

4. Sijil AJK dan perserta persembahan
30 X RM 1.00


JUMLAH

1. RM 020.00


2. RM 120.00



3. RM 080.00

4. RM 030.00


RM 250.00
Perbelanjaan dari wang hari kebesaran Islam ( )

5. Ramuan bubur lambuk
( RM 1.00 X 600 )

6. Upah tukang masak


JUMLAH

5. RM 600.00


6. RM 050.00


RM 650.00


JUMLAH BESAR RM 900.00



10.PENUTUP.

Mudah-mudahan usaha murni ini mencapai objektif yang dirancang, mendapat sokongan dari semua pihak dan diberkati Allah SWT. Semoga semuanya berjalan lancar dan pelajar serta guru mendapat faedah yang diharapkan beserta ganjaran pahala di akhirat kelak.

Disediakan oleh : Disemak oleh :
Ustazah Fazilah Hussin Ustaz Haji Abdul Razak Baba

Disahkan oleh:
Tuan Haji Zolkaply Yunus.

KERTAS KERJA PROGRAM INOVASI PENGGUNAAN ICT SEKOLAH SMK TUN MUTAHIR

KERTAS KERJA
PROGRAM INOVASI PENGGUNAAN ICT SEKOLAH
SMK TUN MUTAHIR

1.0 PENDAHULUAN

Bersesuaian dengan keperluan semasa, penggunaan ICT di peringkat sekolah semakin dipandang serius oleh pihak sekolah yang diterajui oleh tuan pengetua. Hal ini juga bersesuaian dengan semangat inovasi yang ditiupkan oleh beliau sebagai peneraju sekolah disamping menepati aspirasi yang terdapat dalam visi sekolah iaitu
“SMK TUN MUTAHIR SEKOLAH BERDAYA SAING ”
NEGERI MELAKA MENJELANG 2015.

2.0 RASIONAL

Untuk memudahkan aktiviti pengaksesan internet di samping mempelbagaikan P&P guru di peringkat sekolah, maka unit ICT juga berhasrat untuk memenuhi seruan “Inovasi” pihak sekolah. Jadi beberapa tindakan telah dirancang sempena dengan seruan “INOVASI” ini. Diharap apa yang kami rancang mendapat sambutan yang baik daripada guru-guru, pihak pentadbir dan PIBG sekolah.Inovasi ini tidak akan tercapai tanpa kerjasama daripada semua pihak terutamanya kalangan guru dan pelajar SMK Tun Mutahir.


3.0 TEMA

“ Transformasi ICT ”


4.0 MATLAMAT

4.1 Melahirkan guru-guru yang lebih inovasi.

4.2 Membina laman web/portal yang canggih.

4.3 Guru-guru lebih berani menggunakan cara P&P yang sesuai dengan dunia
ICT.

4.4 Warga Tun Mutahir lebih senang mengakses internet dengan wireless dipasang ke setiap pelusuk sekolah kelak.

4.5 Pelajar-pelajar lebih berminat datang ke sekolah.


4.6 Membantu pelajar yang kurang mampu/miskin untuk mengakses internet percuma.

4.7 Dapat menikmati dunia internet tanpa bayaran.


4.8 Memetik bahan-bahan yang disediakan oleh guru dalam blog melalui internet.


5.0 OBJEKTIF


5.1 Meluaskan pengalaman ICT di kalangan guru dan pelajar.

5.2 Membina keyakinan diri berinteraksi dengan komputer.

5.3 Memperdekatkan guru terutama sekali pelajar dengan dunia ICT

5.4 Melahirkan guru yang elit dengan blog dan laman web.

5.5 Mencungkil bakat ICT pelajar yang terpendam.


6.0 TARIKH

Sepanjang tahun 2011


7.0 SASARAN

Semua warga Tun Mutahir

8.0 KEWANGAN

Untuk dibincangkan dengan pihak pentadbir










9.0 TENTATIF PROGRAM


9,1 Pembinaan laman web sekolah.(Sila rujuk lampiran A )

9.2 Pempautan blog setiap panitia kepada laman web/ blog sekolah
(Sila rujuk lampiran A )

9.3 Pertandingan blog di kalangan pelajar (Sila rujuk lampiran B)


9.4 Pemantauan peralatan ICT hak kerajaan dengan lebih efektif.
(Sila rujuk lampiran C)

9.5 Pemantauan penggunaan makmal komputer /LCD dengan berekod.
(Sila rujuk Lampiran D )

9.6 Pemasangan internet secara wireless merangkumi seluruh kawasan
Sekolah.
( Dalam proses mendapatkan tender )




10.0 PENUTUP

Program pada kali ini diharapkan benar-benar dapat mencungkil dan mengasah bakat guru dan pelajar di peringkat pengetahuan ICT di samping menjadi insan yang cemerlang, dan berketerampilan dan mampu berdepan dengan pelbagai situasi teknologi yang moden.


“ ICT Menjana Sekolah Berdaya Saing “





Disediakan oleh, Disahkan oleh,


.................................................... .............................................
(PN.CHIN KAN THAI ) ( HJ.ZOLKAPLY BIN YUNUS )
Penyelaras ICT Tuan Pengetua,
SMK Tun Mutahir SMK Tun Mutahir

PEMBERITAHUAN UJIAN LISAN BERDASARKAN SEKOLAH (PLBS) BAHASA MELAYU 2011

Kepada,
Ibubapa/Penjaga
Pelajar Tingkatan 1,2 & 3
SMK Tun Mutahir
75350 Batu Berendam
Melaka.

Tuan,

PEMBERITAHUAN UJIAN LISAN BERDASARKAN SEKOLAH (PLBS) BAHASA MELAYU 2011

Dengan segala hormatnya, pekara di atas adalah dirujuk, berdasarkan kepada surat LPM LP PMR.169/1/2007 Jld.1 (63) adalah merupakan Pentaksiran Lisan Berdasarkan Sekolah (PLBS). Ini adalah salah satu kompenan pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

2. Pelajar Tingkatan mulai Januari sehingga Disember 2011 bagi kelas Tingkatan 1 dan tingkatan 2, manakala Tingkatan 3 mulai bulan januari hingga julai 2011 di peringkat sekolah oleh guru Bahasa Inggeris masing-masing. Pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 akan dijalankan PLBS sebanyak 2 kali manakala Tingkatan 3 sebanyak sekali sahaja.

3. Pihak sekolah berharap agar pihak ibu bapa atau penjaga dapat memberi bimbingan dan panduan kepada anak-anak jagaan tuan/puan dalam membuat persediaan menghadapi PLBS ini kerana sijil akan dikeluarkan oleh pihak sekolah kepada pelajar-pelajar yang melengkapkan PLBS ini.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,



HJ ZOLKAPLY BIN YUNUS
Pengetua,
SMK Tun Mutahir,
Batu Berendam,
Melaka.

PEMBERITAHUAN UJIAN LISAN BERDASARKAN SEKOLAH (PLBS) BAHASA INGGERIS 2011

Kepada,
Ibubapa/Penjaga
Pelajar Tingkatan 1,2 & 3
SMK Tun Mutahir
75350 Batu Berendam
Melaka.

Tuan,

PEMBERITAHUAN UJIAN LISAN BERDASARKAN SEKOLAH (PLBS) BAHASA INGGERIS 2011

Dengan segala hormatnya, pekara di atas adalah dirujuk, berdasarkan kepada surat LPM LP PMR.169/1/2007 Jld.1 (63) adalah merupakan Pentaksiran Lisan Berdasarkan Sekolah (PLBS). Ini adalah salah satu kompenan pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

2. Pelajar Tingkatan mulai Januari sehingga Disember 2011 bagi kelas Tingkatan 1 dan tingkatan 2, manakala Tingkatan 3 mulai bulan januari hingga julai 2011 di peringkat sekolah oleh guru Bahasa Inggeris masing-masing. Pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 akan dijalankan PLBS sebanyak 2 kali manakala Tingkatan 3 sebanyak sekali sahaja.

3. Pihak sekolah berharap agar pihak ibu bapa atau penjaga dapat memberi bimbingan dan panduan kepada anak-anak jagaan tuan/puan dalam membuat persediaan menghadapi PLBS ini kerana sijil akan dikeluarkan oleh pihak sekolah kepada pelajar-pelajar yang melengkapkan PLBS ini.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,



HJ ZOLKAPLY BIN YUNUS
Pengetua,
SMK Tun Mutahir,
Batu Berendam,
Melaka.

PEMBERITAHUAN UJIAN LISAN BERDASARKAN SEKOLAH (ULBS) BAHASA INGGERIS 2011

Kepada,
Ibubapa/Penjaga
Pelajar Tingkatan 4 & 5
SMK Tun Mutahir
75350 Batu Berendam
Melaka.

Tuan,

PEMBERITAHUAN UJIAN LISAN BERDASARKAN SEKOLAH (ULBS) BAHASA INGGERIS 2011

Dengan segala hormatnya, pekara di atas adalah dirujuk, berdasarkan kepada surat LPM LP SPM.BIL.10/2002 adalah merupakan Ujian Lisan Berdasarkan Sekolah (ULBS). Ini adalah salah satu kompenan pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

2. Pelajar Tingkatan 4 mulai Januari sehingga November 2011 dan Tingkatan 5 akan ditaksir mulai Januari sehingga Julai 2011 di peringkat sekolah oleh guru-guru Bahasa Inggeris masing-masing. Pelajar-pelajar Tingkatan 4 akan ditaksir sebanyak 2 kali, manakala pelajar-pelajar Tingkatan 5 akan ditaksir hanya sekali.

3. Pihak sekolah berharap agar pihak ibu bapa atau penjaga dapat memberi bimbingan dan panduan kepada anak-anak jagaan tuan/puan dalam membuat persediaan menghadapi ULBS ini kerana sijil akan dikeluarkan oleh pihak sekolah kepada pelajar-pelajar yang melengkapkan ULBS ini.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,



HJ ZOLKAPLY BIN YUNUS
Pengetua,
SMK Tun Mutahir,
Batu Berendam,
Melaka.

PEMBERITAHUAN UJIAN LISAN BERDASARKAN SEKOLAH (ULBS) BAHASA MELAYU 2011

Kepada,
Ibubapa/Penjaga
Pelajar Tingkatan 4 & 5
SMK Tun Mutahir
75350 Batu Berendam
Melaka.

Tuan,

PEMBERITAHUAN UJIAN LISAN BERDASARKAN SEKOLAH (ULBS) BAHASA MELAYU 2011

Dengan segala hormatnya, pekara di atas adalah dirujuk, berdasarkan kepada surat LPM LP SPM.BIL.10/2002 adalah merupakan Ujian Lisan Berdasarkan Sekolah (ULBS). Ini adalah salah satu kompenan pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

2. Pelajar Tingkatan 4 mulai Januari sehingga November 2011 dan Tingkatan 5 akan ditaksir mulai Januari sehingga Mei 2011 di peringkat sekolah oleh guru-guru Bahasa Inggeris masing-masing. Pelajar-pelajar Tingkatan 4 akan ditaksir sebanyak 2 kali, manakala pelajar-pelajar Tingkatan 5 akan ditaksir hanya sekali.

3. Pihak sekolah berharap agar pihak ibu bapa atau penjaga dapat memberi bimbingan dan panduan kepada anak-anak jagaan tuan/puan dalam membuat persediaan menghadapi ULBS ini kerana sijil akan dikeluarkan oleh pihak sekolah kepada pelajar-pelajar yang melengkapkan ULBS ini.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,



HJ ZOLKAPLY BIN YUNUS
Pengetua,
SMK Tun Mutahir,
Batu Berendam,
Melaka.

Wednesday, January 12, 2011

Taklimat Program Nilam dan "Born To Read"

Kepada,


En. Ghaffar Yahya GPK HEM
En. Muhammad Radhi Masah GPK KOKU
Pn. Manja Md Doli GPK Petang
Pn. Mariah Abdul Rahman GKMP Sains dan Mat
Pn. Latifah bt Hassan GKMP Bahasa
Pn. Lim Lay Neo GKMP Kemanusiaan
Tn Hj Ismail Abdullah GKMP Teknik & Vok
Pn. Noor Aini Mohammed Guru Perpustakaan Dan Media
Pn. Zurinawati Bt Mustaffa Katua Kaunselor
Semua Guru BM dan BI
Semua guru baru Sesi Pagi dan Sesi Petang 2011
semua AJK Kerja PSS

Tuan/Puan,

TAKLIMAT PROGRAM NILAM DAN “BORN TO READ”

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Taklimat tersebut akan dijalankan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 17 Januari 2011 (ISNIN)
Masa : 1.15 pm – 2.15 pm ( SESI PAGI)
11.30 – 12.30 pm (SESI PETANG)
Tempat : Bilik Tayang

3. Kehadiran tuan/puan diwajibkan.


Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

…………………………………………
CIK AZIZI @ NOR AZIZI BT MAHMOOD
Penyelaras Program NILAM

sk : 1. Pengetua SMK Tun Mutahir, Tn. Hj Zolkaply Bin Yunus - Tuan dijemput hadir
2. GPK 1 , Pn Hajah Kamariah Hj Othman - Puan dijemput hadir
3. Fail PSS
4. Fail Unit Bimbingan dan Kaunseling

Minit Mesyuarat Ko Kurikulum 1/2011

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM
SMK TUN MUTAHIR KALI PERTAMA 2011



Tarikh : 5 Januari 2011 (Rabu)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Tayang

Kehadiran :

Tn. Hj. Zolkaply binYunus Pengetua
Pn. Hjh. Kamariah binti Othman GPK 1
En. Muhammad Radhi bin Masah GPK Ko Kurikulum
En. Ghafar bin Yahya GPK HEM
Tn. Hj. Sajat bin Ahmad GPK Khas
Pn. Manja binti Md Doli GPK Petang
Pn. Latifah binti Hassan GKMP Bahasa
Tn. Hj. Ismail bin Abdullah GKMP Teknik dan Vokasional
Pn. Lim Lay Neo GKMP Kemanusiaan
Pn. Mariah binti Abd Rahman GKMP Sains dan Matematik
Pn. Duzaimah binti Kamaruddin S/u Kokurikulum
En. Zali bin Mat Yasin S/u Sukan
En. Nor Hisham bin Zainuddin Pen. S/u Sukan
Pn. Lim Kim Chu Pyelaras Sukan & Pemainan (Pagi)
En. Zahari bin Jusoh Pyelaras Sukan & Pemainan (Petang)
En. Zakaria bin Ahmad Pyelaras Pasukan Seragam (Pagi)
En. Asmadi bin Saringat Pyelaras Pasukan Seragam (Petang)
Cik Tan Kwee Tung Pyeleras Persatuan & Kelab (Pagi)
En. Abdul Khalek bin Haji Pyelaras Persatuan & Kelab (Petang)
En. Abd Kadir bin Idris Guru Data Ko ku
En. Saiful Fadzli bin Mohamad Guru Data Ko ku
Pn. Chin Kan Thai AJK
En. Chua Kai Huat AJK
Pn. Kok Ah Cheng AJK
Pn. Khuzaimah binti Zakaria AJK
En. Kamarudin bin Abu Bakar AJK
En. Lee Hock Chan AJK
Pn. Li Zhen Ying AJK
En. Nazrul Fazly bin Che Din AJK
Pn. Noliah binti Abu bakar AJK
Cik Nurul Wahida binti Muhammad AJK
Pn. Punitha a/p Rajinram AJK
Pn. Salomi binti Naim AJK
Pn. Syariffa Gayah Abdullah AJK
Pn. Tan Jee Ngoh AJK
Pn. Tee Lee Lee AJK
Pn. Yong Siok Fang AJK

Tidak Hadir :
Cik Nor Azizi binti Mahmood AJK ( Bersebab)


1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Tn. Pengetua mengucapkan terima kasih kepada semua guru-guru yang
menghadiri mesyuarat koku kali pertama. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang baru dilantik memegang jawatan sebagai AJK koku bagi tahun 2011.

1.2 Tn. Pengetua memberi penekanan terhadap program inovasi yang sedang
dilaksanakan untuk tujuan menambah usaha bagi melonjakkan prestasi sekolah
dengan memberikan idea-idea baharu dalam tugas untuk memberikan
perkhidmatan yang berkualiti di samping dapat menjimatkan masa dan kos.

1.3 Beliau juga melahirkan rasa kecewa terhadap pencapaian murid-murid tahun
lepas dalam bidang koku yang kurang menyerlah di peringkat negeri, mahupun
kebangsaan. Namun beliau amat berbangga dengan pencapaian seorang murid
daripada pendidikan khas yang telah mengharumkan nama sekolah di peringkat
kebangsaan setelah memenangi pingat emas di kejohanan tersebut.

Tindakan : Makluman

1.4 Tn. Pengetua juga menyentuh tentang hasrat kerajaan dalam melaksanakan
Dasar 1M1S yang akan bermula pada tahun ini.Sehubungan dengan itu, beliau
berharap En. Zali dapat menyediakan satu perancangan program sukan agar
matlamat kerajaan dalam merealisasikan Dasar 1M1S dapat dilaksanakan.

Tindakan : S/u Sukan

1.5 Sebelum mengakhiri ucapan, beliau juga berharap guru-guru yang baru
mengajar di sekolah ini, dapat memberi kerjasama dari segi idea dan tenaga
agar program ini dapat dijayakan dengan cemerlang.

Tindakan : Makluman semua guru

2.0 Ucapan GPK Kokurikulum

2.1 GPK Koku membentangkan perancangan koku untuk tahun 2011

2.1.1 Pada hari Isnin, Selasa dan Rabu minggu depan akan diadakan pendaftaran Kelab dan Persatuan, Pakaian Seragam, Sukan dan Permainan bagi murid-murid Peralihan dan Tingkatan 1.
2.1.2 Bagi pendaftaran pemainan pihak koku menyediakan 9 permainan. Perjumpaan permainan akan diadakan pada hari Isnin atau Khamis. Manakala untuk latihan Rumah Sukan akan diadakan pada hari Selasa dan Rabu.
2.1.3 Aktiviti latihan untuk permainan akan bermula pada bulan Februari supaya guru-guru boleh membuat persediaan pembentukan untuk pasukan sekolah bagin peringkat kawasan di bulan Januari.
2.1.4 Guru-guru boleh merujuk buku pengurusan koku yang telah dibekalkan untuk mendapat makluman berkaitan dengan tarikh pertandingan permainan yang akan dijalankan.

Tindakan : S/u Sukan, Penyelaras, Guru Penasihat Pemainan

2.2 GPK Koku memaklumkan bahawa satu seminar koku akan diadakan pada hari
Sabtu 12 Februari ini. Beliau meminta guru-guru penyelaras kepada guru-guru
penasihat Rumah Sukan, Permainan, Pakaian Seragam dan Kelab dapat
memilih murid-murid yang terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan
AJK untuk terlibat dalam seminar tersebut.

Tindakan : S/u Koku dan semua Penyelaras

2.3 GPK Koku membentangkan tarikh-tarikh acara /aktiviti koku mengikut takwim
sekolah yang telah dimaklumkan iaitu, acara Merentas Desa ( 5 Mac), Ujian Tara
(25 April), Saringan ( 27Jun) dan Kejohanan Sukan Tahunan akan diadakan
pada 30 Jun 2011. Oleh itu latihan Rumah Sukan akan dijalankan sehingga
pertengahan tahun. Beliau juga telah menambah bilangan guru dalam setiap
Rumah Sukan untuk memudahkan pembahagian tugas dalam melaksanakan
aktiviti.

Tindakan : Guru Rumah Sukan

2.4 GPK mengingatkan guru-guru penasihat supaya menyedia dan melengkapkan
fail atau buku laporan dengan aktiviti yang dirancang bagi tujuan pemantauan
oleh JPN atau PPD. Beliau juga menyatakan satu pertandingan papan
kenyataan koku akan diadakan dan berharap guru-guru penasihat dapat
menceriakan papan-papan kenyataan dengan maklumat-maklumat yang
berkaitan dengan aktiviti yang akan dijalankan.

Tindakan : Semua Penyelaras

2.5 Guru Penasihat boleh mengambil buku laporan pengendalian koku di bilik
GPK Koku untuk dilengkapkan dengan perancangan tahunan dan laporan aktiviti
perjumpaan/latihan. Buku ini perlu dihantar pada setiap minggu iaitu sehari
selepas perjumpaan /latihan diadakan.

Tindakan : Semua Penyelaras, Guru Penasihat

2.6 GPK Koku menyatakan walaupun pada tahun lepas pencapaian dalam koku
kurang menyerlah tetapi beliau berharap perkara tersebut tidak mematahkan semangat guru-guru untuk terus memberi sumbangan dalam meningkatkan pencapaian sukan pada tahun ini seterusnya mencapai visi kita menjadikan SMKTMu sebagai sekolah berdaya saing negeri Melaka.

Tindakan : Semua Penyelaras dan guru-guru penasihat

3.0 Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Lalu

3.1 GPK Koku membentangkan minit mesyuarat

Dicadangkan oleh : En. Nazrul Fazly bin Che Din
Disokong oleh : Tn. Hj. Sajat bin Ahmad

4.0 Bangkitan Minit Mesyuarat Yang Lalu

4.1 Tiada bangkitan minit.

5.0 Perbentangan Satu Murid Satu Sukan (1M1S) oleh En. Zali. (S/u Sukan)

5.1 Beliau meminta guru merujuk surat pekeliling ikhtisas bilangan 16 yang telah
memutuskan bahawa Dasar 1M1S akan dilaksanakan mulai 2011 di semua
sekolah KPM.

5.2 Berdasarkan pekeliling tersebut , pihak sekolah hendaklah membuat
perancangan bagi pengurusan aktiviti sukan di sekolah secara sistematik supaya
dapat meningkatkan penyertaan dan membantu dalam perkembangan potensi
setiap murid sukan.

5.3 Pihak sekolah akan mengoptimumkan penggunaan kemudahan, peralatan dan
kepakaran yang sedia ada di sekolah atau kawasan persekitaran dengan
mengutamatakan keselamatan murid.

5.4 Guru-guru penasihat boleh mewujudkan rangkaian kerjasama dengan agensi
atau pihak luar bagi program pembangunan sukan di sekolah.

Tindakan : GPK Koku, S/u Koku

5.5 Pihak sekolah telah mencadangkan 9 jenis sukan permainan. Guru Tingkatan
akan membahagikan setiap murid kepada permainan-permainan tersebut.

5.6 Dalam merealisasikan dasar ini, beliau sedar kita akan berhadapan dengan
masalah kehadiran murid. Namun begitu, guru-guru perlu menyediakan sendiri
takwim perlaksanaan mengikut aktiviti/ latihan yang bersesuaian agar kehadiran
murid dapat dimanfaatkan dengan berkesan berdasarkan cadangan aktiviti yang
telah ditunjukkan.

5.7 GPK Koku menjelaskan Dasar 1M1S ini amat menitikberatkan kehadiran murid.
Oleh itu, guru-guru penasihat perlu menyenaraikan nama-nama murid yang tidak
menghadiri latihan dan menyerahkan nama tersebut kepada beliau untuk diambil
tindakan.

5.8 Beliau juga megingatkan guru-guru bahawa Dasar 1M1S ini bukan untuk
penyediaan pasukan elit sekolah tetapi melibatkan keseluruhan murid yang
belajar di sekolah ini dengan tujuan untuk pembentukan jasmani yang sihat.

Tindakan : Semua Guru penasihat Permainan

6.0 Hal-hal Lain

6.1 En. Abdul Kadir menanyakan sama ada padang hoki sesuai digunakan untuk
dijalankan sesi latihan. Beliau berpendapat rumput untuk padang hoki perlu
dipotong lebih pendek

Tindakan : S/u Sukan

6.2 Tn. Pengetua mencadangkan sekiranya guru-guru bermasalah dengan tempat
latihan boleh mencari tempat-tempat di luar yang dirasakan sesuai untuk
menjalankan aktiviti tetapi perlu dimakluman kepada pihak sekolah untuk tujuan
keselamatan .

6.3 Tn. Pengetua memaklumkan pada bulan ini akan dijalankan penyelenggaraan
untuk membaiki kerosakan kecil. Penyelenggaraan yang melibatkan kos yang
besar kita perlu tunggu peruntukan daripada jabatan.

Tindakan : Makluman

6.4 En. Ghafar menyaranan guru-guru Penasihat Rumah Sukan mesti ada semasa
pertandingan permainan antara rumah sukan diadakan untuk mengelakkan
sebarang masalah disiplin kerana melibatkan bilangan murid yang ramai.

Tindakan : Guru Penasihat Rumah, permainan

6.5 Pn. Li Zhen Yin bertanya, memandangkan Pn. Norlelawati cuti bersalin selama
90 hari, siapakah yang akan mengambil alih tugas beliau selaku Penolong
Penasihat Rumah Putra.

6.6 Tn. Pengetua memaklumkan semua tugas-tugas Pn. Norlelawati akan diambil
alih oleh guru baru iaitu Cik Safina Farveen.

Tindakan : Cik Safina Farveen.

6.7 Pn. Syariffa Gayah menanyakan, perlukah penglibatan guru-guru Penasihat
Rumah Sukan dalam sesi latihan permainan.

6.8 GPK Koku menjelaskan guru-guru Penasihat Rumah Sukan hanya memberi
fokus kepada latihan-latihan acara padang dan olahraga untuk persiapan
Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah. Manakala bagi acara permainan akan
dilatih oleh guru-guru Penasihat Permainan tetapi guru rumah perlu melantik AJK
permainan di kalangan murid untuk pengurusan semasa latihan atau
pertandingan.

Tindakan : Guru Rumah Sukan
6.9 Pn. Manja bertanya, sekiranya murid-murid yang terlibat dengan latihan sukan
luar seperti renang dan tenis, adakah ianya dikira sebagai 1 sukan kepada murid
tersebut.

6.10 GPK Koku menjelaskan murid perlu mengambil 1 daripada 9 sukan permainan
yang ditawarkan di sekolah. Ini kerana sekiranya latihan luar dikira sebagai 1
sukan kepada murid tersebut, kita akan berdepan dengan masalah dalam
membuat stastitik penglibatan murid dalam melaksanakan Dasar 1M1S. Murid
masih boleh terlibat dengan pertandingan di luar mahu pun permainan yang
disertai itu tidak terdapat dalam 9 sukan permainan yang ditawarkan di sekolah.

Tindakan : Makluman

6.11 En. Nazrul bertanya bagaimana dengan waktu latihan pasukan elit sekolah.
Adakah sama dengan latihan permainan untuk 1M1S ini.

6.12 GPK Koku menjelaskan masa dan hari yang ditetapkan adalah merujuk kepada
latihan 1M1S tetapi untuk pasukan elit sekolah, guru penasihat boleh
menentukan masa dan hari latihan mereka. Guru Penasihat diminta untuk
menghantar jadual masa latihan kepada GPK Koku untuk direkodkan dan
pemantauan.

Tindakan : Guru Penasihat Permainan


7.0 Penutup

Pengetua mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir dan berharap
guru-guru dapat memberi kerjasama dalam menjayakan Dasar 1M1S dan seterusnya
melahirkan warga SMKTMu yang berdaya saing dalam bidang Kokurikulum diperingkat
negeri mahupun kebangsaan.



Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.20 petang.


Disediakan Oleh; Pn. Duzaimah binti Kamaruddin
Setiausaha Kokurikulum SMKTMu.

Monday, January 10, 2011

Kertas Kerja Pembangunan ICT

KERTAS CADANGAN
PERANCANGAN PROGRAM PEMBANGUNAN ICT SEKOLAH


1.0 PENDAHULUAN

Dalam dunia yang tidak bersempadan, “Information Communication Technology (ICT) telah menjadi alat yang sungguh berkesan untuk meningkatkan produktiviti, keupayaan dan penyebaran luas maklumat terkini.

2.0 RASIONAL

Kesedaran tentang pentingnya ICT dalam dunia pendidikan, pihak sekolah bercadang untuk mengambil langkah signifikan bagi meluaskan penggunaan ICT antara warga SMK Tun Mutahir dengan mengadakan Pembangunan ICT Sekolah. Diharap perancangan ini merupakan jambatan atau perantaraan untuk merapatkan hubungan antara pelajar, guru dan masyarakat luar.

3.0 TEMA

“Jom ICT”

4.0 MATLAMAT

Mengoptimumkan penggunaan dan kemahiran ICT dalam kalangan warga SMK Tun Mutahir.

5.0 OBJEKTIF

• Memperolehi dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran ICT secara kreatif untuk membantu pelajar dalam pembelajaran dan kehidupan harian.
• Berkongsi idea dan maklumat antara warga SMK Tun Mutahir, dalam dan luar persekitaran sekolah.
• Bertanggung jawab dan akauntibiliti terhadap pembangunan dan keperluan ICT masakini.

6.0 SASARAN

Semua warga SMK Tun Mutahir

7.0 TARIKH, HARI DAN MASA

Ditentukan oleh Jawatankuasa ICT mengikut kesesuaian program.



8.0 TEMPAT

SMK Tun Mutahir

9.0 PENGANJUR

Jawatankuasa ICT, SMK Tun Mutahir, Melaka

10.0 SUMBER PENDAPATAN DAN ANGGARAN PERBELANJAAN

Bergantung pada program yang dilaksanakan

11.0 TENTATIF PROGRAM

11.1 Membentuk Jawatankuasa Laman Web guru dan murid (Januari)
11.2 Membangunkan portal/laman web sekolah (Februari)
- Sumbangan oleh Guru Cemerlang
- Aktiviti sekolah
- Facebook guru
- Maklumat untuk ibubapa: keputusan peperiksaan dan kehadiran pelajar.
11.3 Kursus LDP (Mac)
- Penggunaan Window 2007 dan membina soalan atau modul mata pelajaran
11.4 Minggu ICT (Jun)
- Pertandingan dan pameran
11.5 Latih tubi Skor A

12.0 PENILAIAN PROGRAM

Post-Mortem aktiviti yang dijalankan

13.0 PENUTUP

Diharap aktiviti-aktiviti yang dicadangkan dapat membantu meningkatkan inovasi guru dan pelajar sejajar dengan visi sekolah “SMK Tun Mutahir sekolah berdaya saing negeri Melaka menjelang 2015” tercapai melalui pengunaan ICT.

“ ICT Pencetus Masyarakat Berdaya Saing”

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………… ……………………
Pn Mariah Bt Abd Rahman (HAJI ZOLKAPLY BIN YUNUS)
Penyelaras Pembangunan ICT Pengetua,
SMK Tun Mutahir SMK Tun Mutahir
Batu Berendam, Melaka Batu Berendam, Melaka

Types of polygons

POLYGONS

Type of Polygons

Basically, a polygon is a closed plane figure made of three or more sides.


Number of sides Name of polygon
3 triangle
4 quadrilateral
5 pentagon
6 hexagon
7 heptagon
8 octagon
9 nonagon
10 decagon
12 dodecagon



Examples of polygons: Triangle, Quadrilateral,Pentagon,Hexagon,Heptagon,Octagon,Nonagon,Decagon,Dodecagon,


Polygons are all around. Take a close look around you in your house, at the work place, or in an amusement park, you will find many real life examples of polygons.

Sunday, January 9, 2011

Minit Mesyuarat HEM 1/2011

MINIT MESYUARAT
JAWATANKUASA HEM KALI PERTAMA / JAWATANKUASA INDUK DISIPLIN 2011
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MUTAHIR

Tarikh : 06 Januari 2011
Masa : 2.15 petang
Tempat : Bilik Tayang

Kehadiran :

1. Tn Hj Zolkaply bin Yunus (Pengetua)
2. En Ghafar bin Yahya (GPK HEM)
3. En Muhammad Radhi bin Masah (GPK Koku)
4. Pn Manja bte Md. Doli (GPK Petang)
5. Tn Hj Sajat bin Ahmad (GPK Pend. Khas)
6. Pn Latifah bte Hasan (GKMP Bahasa)
7. Tn Hj Ismail Abdullah (GKMP Teknik dan Vokasional)
8. Pn Lim Lay Neo (GKMP Kemanusiaan)
9. Pn Zurinawati bte Mustafa (Guru B&K)
10. En Khairuddin bin Ahmad (Guru B&K)
11. Cik Abby Lim Sze Chia (Guru B&K/SU HEM/Guru PPDa)
12. Pn Siti Mariam bte Hussin (Guru B&K)
13. En Chong Nyong Soon (Ketua Guru Disiplin Pagi)
14. En Khoo Ah Seng (Ketua Guru Disiplin Petang)
15. En Saleh bin Abdul Wahid (Guru Pengawas)
16. Pn Syariffa Gayah bte Abdullah (Guru Biasiswa,Bantuan & Kebajikan)
17. Pn Hamizilawati bte Ishak (Guru Badan Kebajikan)
18. Pn Nurasyiqin Chia bte Abdullah (Guru 3K)
19. Pn Li Zhen Ying (Guru Sistem Maklumat Murid-SMM)
20. Pn Kok Ah Cheng (Guru Kebersihan dan Keceriaan)
21. Pn Yen Yeok Fern (Guru Insurans)
22. Pn Jamaliah bte Karim (Guru Kesihatan)
23. Pn Tee Lee Lee (Guru Keselamatan Pagi)
24. Pn Hasna bte Seman (Guru Kantin)
25. Pn Norazila bte Zakaria (Guru Data Disiplin/e-Disiplin)
26. Pn Nor Azlina bte Sidek (Penyelaras Prog. Pemantapan Sahsiah)
27. Pn Yong Yoke Mee (Penyelaras Peralihan & Tingkatan 1)
28. En Abd Kadir bin Idris (Penyelaras Tingkatan 3)
29. En Lee Hock Chan (Penyelaras Pendidikan Khas)
30. Pn Nazlin bte Abdul Rahman (Penyelaras SPBT)
31. Pn Siti Rokhana bte Osman (Guru Pengawas)

Tidak hadir :

1. Pn Hjh Kamariah bte Othman (bersebab)
2. Pn Mariah bte Abd Rahman
3. En Rosle bin Mahat@Kassim
4. En Zahari bin Jusoh
5. Pn Nor Haslinda Kamisan
6. En Lee Kok Kong
7. Pn Rohana bte Mamat
8. En Mohd Noor bin Md Zam
9. Pn Norazmah bte Ashary
10. Pn Lim Kim Chu
1.0 Ucapan Pengerusi (Tn Hj Zolkaply bin Yunus)

1.1 Beliau mengucapkan salam 1 Malaysia kepada semua guru yang hadir.

1.2 Beliau memaklumkan bahawa Jawatankuasa Induk Disiplin turut mengikuti Mesyuarat Jawatankuasa HEM kali pertama supaya tidak perlu memanggil guru yang sama untuk mengikuti mesyuarat untuk beberapa kali.

1.3 Beliau juga memaklumkan bahawa Pn Hjh Kamariah bte Othman tidak dapat mengikuti mesyuarat kerana puan mewakili pengetua untuk menerima sumbangan RM4800 untuk tujuan program kecemerlangan.

Tindakan : Makluman

1.4 Beliau menegaskan bahawa perkara yang penting ialah sasaran kerja dan tahun ini merupakan tahun inovasi.

1.5 Isu disiplin

1.5.1 Semua guru mesti berada di tapak perhimpunan semasa perhimpunan.

Tindakan : Semua Guru

1.5.2 Guru tingkatan dikehendaki mengambil kedatangan murid semasa perhimpunan kerana terdapat murid yang ponteng perhimpunan dan lewat. Guru bertugas bertanggungjawab membawa semua buku kehadiran ke tapak perhimpunan.

Tindakan : Guru Tingkatan & Guru Bertugas

1.5.3 Murid yang lewat sebanyak 3 kali akan dirotan.

1.5.4 Impak daripada Perkara 1.5.1 dan 1.5.2 ialah guru akan datang awal manakala murid pula tidak lewat sampai ke sekolah.

1.5.5 Selain 10 orang pentadbir yang boleh merotan, dua orang guru disiplin juga diberi kuasa untuk merotan.

Tindakan : Makluman

1.5.6 Pengetua berharap disiplin pada tahun ini akan baik.

1.6 Isu tandas

1.6.1 AJK Penyelenggaraan/Tandas perlu mengambil tindakan untuk menambahbaik tandas sekolah.

Tindakan : AJK Penyelenggaraan/Tandas

1.6.2 Pengetua menegaskan bahawa tandas bukan tempat untuk merokok.
1.7 Kelas

1.7.1 Cermin kelas yang pecah telah digantikan dengan cermin yang baru. Operasi cermin ini akan diteruskan. Jika cermin yang sedia ada tidak cukup untuk menggantikan cermin yang pecah, akan minta daripada PIBG.
Tindakan : Makluman

1.7.2 Kerja-kerja menceriakan sekolah yang dijalankan semasa cuti sekolah seperti lukisan mural diteruskan.

Tindakan : Jawatankuasa 3K

1.7.3 Pintu bagi beberapa buah kelas akan ditukarkan kepada pintu besi / aluminium terutama pintu yang kritikal.

1.7.4 Sekolah mengalami banyak kerosakan, penambahbaikan dan pengubahsuaian akan dilaksanakan secara beransur-ansur.

Tindakan : Makluman

1.7.5 Kebersihan dalam kelas perlu dijaga. Adalah dicadangkan supaya tidak menggunakan tong sampah dalam kelas tetapi menggunakan tong sampah hitam yang di luar kelas. Pn Nurasyiqin Chia memaklumkan bahawa tong sampah hitam tidak mencukupi.

1.7.6 Pengetua mencadangkan contoh program inovasi iaitu “Kelas Tanpa Tong Sampah”. Walau bagamanapun, pengetua meminta Jawatankuasa Keceriaan untuk memikirkan program inovasi bagi menjaga kebersihan di dalam kelas. Program ini akan diperincikan dalam mesyuarat guru tingkatan.

Tindakan : Jawatankuasa Keceriaan & Guru Tingkatan

1.8 RIMUP


1.8.1 Guru tingkatan memainkan peranan untuk mewujudkan kelas 1 Malaysia. Kedudukan murid dalam kelas perlu diatur semula supaya mewujudkan suasana 1 Malaysia.

Tindakan : Guru Tingkatan

1.8.2 RIMUP boleh dijalankan dalam kelas, semasa aktiviti ko-kurikulum, semasa bersukan dan sebagainya.

Tindakan : Makluman

1.8.3 Guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan boleh mengadakan aktiviti yang berunsur RIMUP.

Tindakan : Guru Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan

1.8.4 Program penerapan nilai-nilai murni diadakan pada setiap bulan. Program yang dirancang tidak semestinya ceramah. Program boleh berbentuk contohnya pameran atau pertandingan. Pengetua mencadangkan bahawa program yang dilaksanakan perlu berubah-ubah supaya tidak menjemukan.

Tindakan : Makluman

1.9 Pendaftaran murid Peralihan dan Tingkatan 1 perlu membuat penambahbaikan. Pendaftaran rumah sukan perlu dilakukan pada masa yang sama.

Tindakan : Makluman

1.10 Kantin

1.10.1 Guru kantin ialah Pn Hasnah bte Seman.

1.10.2 Air milo tidak pekat dan air berbau klorin. Pengtua mencadangkan supaya air itu ditapis.

Tindakan : Jawantankuasa Kantin

1.11 Pengurusan KWAMP berubah-ubah, maka diharapkan guru yang bertanggungjawab buat yang terbaik.

Tindakan : Makluman

2.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat

Pengerusi membentangkan minit mesyuarat yang lalu
Dicadangkan oleh : Pn Siti Rokhana bte Osman
Disokong oleh : Pn Yen Yeok Fern

3.0 Perkara Berbangkit

3.1 Pengetua memaklumkan bahawa Mesyuarat HEM kali kedua perlu diawalkan supaya tidak lewat seperti tahun lepas.

3.2 Pada tahun lepas, terdapat guru yang tidak mendapat hadiah harijadi terutamanya guru yang tarikh lahirnya jatuh pada bulan jun dan seterusnya. Hadiah ini akan diganti balik.

3.3 Adalah terpulang kepada Jawatankuasa Disiplin samada perlu memberi hadiah kepada murid yang mempunyai perkembangan positif. Wang pembelian hadiah boleh diperolehi dari sewa kantin memandangkan Unit HEM tiada peruntukan. (Rujuk minit mesyuarat HEM 2,2010, perkara 1.5)

Tindakan : Jawatankuasa Disiplin

3.4 Merujuk kepada perkara 1.8 dalam minit mesyuarat kedua Jawatankuasa HEM pada tahun 2010, Pengetua menegaskan bahawa murid yang tidur dalam kelas dibawa ke depan pejabat dan meminta ibu bapa mereka membawa balik murid tersebut. Tidak boleh menggunakan telefon sekolah untuk membuat panggilan. (Rujuk minit mesyuarat HEM 2,2010, perkara 1.8)

Tindakan : Makluman

3.5 Pn Norazila bte Sidek merupakan guru e-disiplin. Pengawas boleh membantu guru dalam melaksanakan e-disiplin manakala guru pula yang bertanggungjawab untuk menggunakan sistem e-disiplin. Pengetua menyatakan bahawa e-disiplin berkuatkuasa pada 10 Januari 2011 (Isnin).

Tindakan : Makluman

3.6 Mulai 8 Januari 2011 (Jumaat), kehadiran murid diambil semasa perhimpunan. Murid yang terdapat masalah disiplin, namanya akan dimasukkan dalam sistem e-disiplin.

Tindakan : Makluman

3.7 En Chong Nyong Soon bertanggungjawab untuk menyampaikan maklumat berkaitan e-disiplin kepada semua murid. Murid yang ponteng perhimpunan, namanya akan dimasukkan dalam e-disiplin.

Tindakan : Makluman

3.8 Jika terdapat kes buli, boleh membuat aduan melalui peti aduan di kantin. (Rujuk minit mesyuarat HEM 2,2010, perkara 3.9)

3.9 Pengtua mengucapkan tahniah kepada Pn Yen Yeok Fern kerana menjalankan tugas dengan baik pada tahun 2010. (Rujuk minit mesyuarat HEM 2,2010, perkara 3.11)

3.10 Murid yang belum membayar duit takaful pada tahun 2010 telah membuat pembayaran. (Rujuk minit mesyuarat HEM 2,2010, perkara 3.12)

3.11 Pengetua meminta guru PPDa membuat kertas kerja untuk menceriakan sudut anti dadah.

Tindakan : Guru PPDa

3.12 Pengetua berasa bersyukur kerana tiada murid yang main mercun semasa peperiksaan SPM 2010.

3.13 Bantuan perlu diberikan kepada murid yang miskin. Adalah dimaklumkan bahawa masih terdapat murid yang tiada alat-alat tulis. Program Guru Dihormati Murid Disayangi perlu diteruskan dengan program “Bantuan Pakaian dan Alat-Alat Tulis Pelbagai Kaum”.

Tindakan : Jawatankuasa Badan Kebajikan
3.14 Bantuan dihulurkan kepada murid yang benar-benar memerlukannya. Seramai 100 orang murid menerima bantuan pada tahun 2010.

3.15 Pn Hamizilawati bte Ismail memaklumkan bahawa Tahun Baru Cina menjelang tidak lama lagi. Beliau berharap maklumat murid dalam SMM perlu dikemaskini supaya dapat menghulurkan bantuan kepada murid yang memerlukannya sebelum Tahun Baru Cina.

Tindakan : Jawatankuasa Badan Kebajikan & Jawatankuasa SMM

3.16 Guru SPBT, Pn Rohana bte Mamat memaklumkan bahawa buku teks pinjaman tidak cukup tetapi masalah ini tidak kritikal. Beliau telah meminta buku teks pinjaman Tingkatan 3 dari sekolah lain.

Tindakan : Jawatankuasa SPBT

3.17 Pengetua menegaskan bahawa maklumat murid perlu sentiasa dikemaskini dan memastikan maklumat dalam SMM adalah betul bagi tujuan permohonan biasiswa. Jawatankuasa Biasiswa perlu menyampaikan maklumat berkaitan biasiswa kepada semua murid supaya tiada yang tercicir.

Tindakan : Jawatankuasa Biasiswa & Jawatankuasa SMM

3.18 Pengetua memaklumkan bahawa terdapat dua orang murid pendidikan khas yang berjaya mendapat biasiswa sukan pada tahun 2010. Biasiswa sukan hanya diberi kepada murid yang berjaya hingga ke peringkat kebangsaan.

Tindakan : Makluman

3.19 Tanda keselamatan yang rosak perlu digantikan dengan menggunakan peruntukan RM3000.

Tindakan : Jawatankuasa Keselamatan

3.20 Pengetua meminta supaya kosongkan tempat letak kereta di tepi pejabat. Beliau meminta Pn Nurasyiqin Chia bte Abdullah mendapatkan idea untuk menceriakan tempat larangan letak kereta.

Tindakan : Jawatankuasa 3K

3.21 Pengetua meminta Pn Tee Lee Lee iaitu guru keselamatan mengambil perhatian tentang tempat letak kereta dan sistem keluar masuk murid dan orang luar.
Tindakan : Jawatankuasa Keselamatan

3.22 Pn Tee Lee Lee meminta kebenaran daripada pengetua untuk menambah bilangan AJK dalam Jawatankuasa Keselamatan. Pengetua meminta beliau untuk berbincang dengan GPK HEM.

Tindakan : Jawatankuasa Keselamatan & GPK HEM

3.23 Pn Tee Lee Lee mencadangkan pihak sekolah mengeluarkan pekeliling keselamatan murid datang ke sekolah kepada ibubapa untuk makluman semua murid dan ibubapa (Program Sekolah Selamat).

3.24 Pn Siti Rokhana bte Osman mengadu wiring dalam kelas tidak baik dan terdapat anai-anai di dinding Blok G.

3.25 Pengetua menegaskan bahawa perlu memastikan tempat-tempat yang kurang selamat.

3.26 Pengetua berharap Jawatankuasa Disiplin dan Jawatankuasa Keselamatan berganding bahu untuk memastikan sekolah ‘sifar gaduh’.

Tindakan : Jawatankuasa Disiplin & Jawatankuasa Keselamatan

3.27 Meja yang dilupus itu akan dibawa tidak lama lagi memandangkan proses pelupusan agak lambat.

3.28 Pihak sekolah akan ikut sahaja Program HPV. Pengetua meminta Pn Jamaliah bte Karim membuat permohonan untuk memasang paip dan sinki di bilik kesihatan kepada PIBG. (Rujuk minit mesyuarat HEM 2, 2010, perkara 3.33)

Tindakan : Jawatankuasa Kesihatan

3.29 Pihak sekolah akan meminta bangunan tambahan.

4.0 Hal-Hal Lain

4.1 GPK HEM, En Ghafar bin Yahya melaporkan bahawa disiplin murid agak baik sejak sesi persekolahan 2011 bermula.

Tindakan : Makluman

4.2 Beliau juga memaklumkan bahawa air di kantin berbau klorin.

Tindakan : Makluman


4.3 Beliau turut memaklumkan bahawa terdapat ibu bapa yang memohon bantuan.

Tindakan : Makluman

4.4 Jawatankuasa Kesihatan perlu mengambil perhatian tentang denggi dan H1N1.

Tindakan : Jawatankuasa Kesihatan

4.5 Bilangan permohonan KWAMP akan dikurangkan.

4.6 En Saleh bin Abdul Wahid mencadangkan supaya memperkasakan pengawas. Pengawas yang menguruskan perhimpunan dan membenarkan pengawas untuk membantu guru mengambil kehadiran. Walau bagaimanapun, kehadiran perlu diambil oleh guru.

Tindakan : Guru Tingkatan

4.7 Pn Nurasyiqin Chia bte Abdullah bertanya kepada GPK HEM tentang bidang tugas AJK Kecil di bawah Jawatankuasa 3K supaya guru berkenaan mengetahui bidang tugas masing-masing. GPK HEM memaklumkan yang beliau akan turut mengikuti mesyuarat kecil bagi menjelaskan bidang tugas masing-masing.

Tindakan : GPK HEM

4.8 Pn Norazila bte Zakaria mengadu bahawa internet yang kurang stabil melambatkan proses e-disiplin. Pengetua memerlukan Jawatankuasa ICT untuk mengambil perhatian tentang perkara ini.

Tindakan : Jawatankuasa ICT

4.9 Pokok di stor sukan perlu dipotong. Papan-papan kecil keselamatan perlu dicantum dan diletakkan di pintu sekolah.

Tindakan : Jawatankuasa Keselamatan

4.10 Pn Siti Rokhana bte Osman mengadu pakaian seorang ibu yang datang ke sekolah dan pakaian murid yang datang mengambil keputusan PMR sangat menjolok mata. Adalah mencadangkan pihak sekolah membuat etika pakaian datang ke sekolah di papan untuk dipamerkan.

Tindakan : Jawatankuasa Keselamatan

4.11 En Lee Hock Chan bertanya mengenai prosedur minta dari PIBG. Pengetua menyatakan bahawa kertas kerja diperlukan hanya apabila ingin menjalankan program.

Tindakan : Makluman
4.12 Pengetua memaklumkan bahawa pembelian barang yang tidak tahu harganya memerlukan sebut harga supaya dapat menjimatkan wang.

Tindakan : Makluman

4.13 Pengetua meminta Pn Norazila bte Sidek berbincang dengan GPK Hem bagi memilih empat guru baru untuk membantu menguruskan e-disiplin. Urusetia Disiplin akan ditubuhkan.

Tindakan : Pn Norazila bte Sidek & GPK HEM

4.14 Pengetua meminta Pn Norazila bte Sidek untuk menyediakan 3 sebut harga bagi komputer untuk meminta dari PIBG.

Tindakan : Pn Norazila bte Sidek

4.15 Pengetua juga mengingatkan En Saleh bin Abdul Wahid tentang pelantikan pengawas yang akan berlangsung pada minggu ke-3 persekolahan supaya membuat persediaan awal. Beliau meminta En Saleh bin Abdul Wahid berbincang dengan guru kaunseling berkaitan dengan kem kepimpinan pengawas.

Tindakan : Guru Pengawas

4.16 Pengetua mengingatkan yang tahun ini merupakan Tahun Inovasi dan mengharapkan perbezaan pada tahun ini.


Disediakan oleh : Cik Abby Lim Sze Chia
Tarikh : 06 Januari 2011
Mesyuarat ditangguhkan : 4 petang

KERTAS KERJA PROGRAM INOVASI SEKOLAH 2011

KERTAS KERJA PERANCANGAN PROGRAM PEMBANGUNAN
INOVASI DAN KREATIVITI GURU

1.0 PENDAHULUAN

Selaras dengan keperluan proses pendidikan pada era yang kian mencabar ini, beberapa anjakan paradigma perlu dijalankan oleh warga pendidik, Hal ini bertujuan agar produk yang kita hasilkan ( murid ) adalah sesuai dengan keperluan dan aspirasi negara. Justeru, keberhasilan sebuah proses pendidikan sedikit sebanyak dipengaruhi oleh sejauhmana kompetensi dan profesionalisme guru. Oleh itu, untuk menjadikan proses pendidikan itu tidak layu dan kaku, maka guru sebagai antara agen pembaharuan perlu menghasilkan idea yamg kreatif dan membuat beberapa inovasi yang sesuai mengikut keperluan semasa murid. Demi merealisasikan hasrat ini, beberapa program dan aktiviti pembangunan inovasi dan kreativiti guru perlu dirancang dan dijalankan di peringkat sekolah.


2.0 RASIONAL

Sekolah sebagai medium untuk menterjemahkan hasrat kepimpinan nasional
bagi melahirkan modal insan yang berkualiti dan berketrampilan. Justeru, guru yang
menjadi penggerak kelancaran segala program sekolah, perlu menjadi agen pemba-
haruan serta memberikan sentuhan dinamis yang akan mendorong proses pendidikan
yang berkualiti, kreatif dan berinovasi dapat dihasilkan.


3.0 TEMA

‘ Inovasi dan Kreativiti Guru Pencetus Modal Insan Berkualiti ‘.


4.0 MATLAMAT AM PROGRAM

Program pembangunan inovasi dan kreativiti guru ini diharap dapat
menggerakkan tenaga guru-guru teristimewanya tenaga guru-guru cemerlang yang
menjadi input kepada sekolah supaya segala idea yang diilhamkan oleh mereka
dapat diguna pakai oleh seluruh warga pendidik di SMK Tun Mutahir.


5.0 OBJEKTIF

5.1 Melahirkan guru-guru yang berketrampilan, berinovasi dan kreatif.
5.2 Menggalakkan peningkatan kualiti proses Pengajaran dan Pembelajaran.
5.3 Melahirkan guru-guru yang berdaya saing dan berbudaya cemerlang.
5.4 Menjadikan guru sebagai ikon positif kepada murid untuk berubah menjadi lebih baik.
5.5 Meningkatkan prestasi dan pencapaian sekolah dalam segenap aspek.

6.0 CADANGAN TARIKH

Sepanjang sesi persekolahan 2011

7.0 TEMPAT

SMK Tun Mutahir

8.0 PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH

Dicadangkan beberapa inovasi dan kreativiti yang dihasilkan oleh guru disokong
melalui acara penyampaian hadiah atau anugerah sempena Hari Inovasi 2011.


9.0 KUMPULAN SASARAN

Semua guru SMK Tun Mutahir terutamanya Guru-guru Cemerlang (meliputi
Panitia mata pelajaran, PSS, Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit ICT, Unit Pendidikan
Khas, Unit HEM, Unit Kokurikulum dan sebagainya.

10.0 KEWANGAN

Bergantung kepada aktiviti atau program yang akan dijalankan oleh guru-guru
sama ada secara individu atau berkumpulan mengikut panitia atau unit masing-masing.

11.0 TENTATIF PROGRAM

Antara aktiviti atau program inovasi yang dicadangkan adalah seperti berikut :

11.1 Kajian lapangan atau kajian tindakan oleh Guru-guru Cemerlang mengikut bidang
atau kepakaran masing-masing.

11.2 Projek Unik Panitia iaitu setiap panitia mata pelajaran menyediakan sekurang-
kurangnya satu projek unik untuk kemaslahatan murid-murid.

11.3 Setiap guru digalakkan memaksimakan penggunaan LCD dalam P&P. Borang penggunaan LCD untuk P&P boleh disediakan oleh Penyelaras ICT.


11.4 Setiap panitia memasukkan bahan P&P atau memuat turun bahan ke dalam
Laman web sekolah untuk diakses oleh murid sebagai salah satu sumber
pembelajaran. Panitia mata pelajaran juga digalakkan membina blog sendiri.

11.5 Dalam bidang kokurikulum, setiap unit pakaian seragam dicadangkan menjadi
‘Keluarga angkat’ kepada satu-satu kawasan di sekolah dan guru penasihat
menjadi mentornya.

11.6 Beberapa inovasi atau perubahan baru dalam unit-unit seperti HEM,Kokuriku-
lum, Bimbingan dan Kaunseling, PSS dan lain-lain.

11.7 Penambahbaikan dalam sistem penyampaian maklumat dalam kalangan staf.

11.8 Penstrukturan Bilik Guru demi kebajikan dan keselesaan guru.

11.9 Penstrukturan dan penambahbaikan system perhimpunan mingguan dan
harian.

11.10 Dan lain-lain cadangan yang sesuai.

12.0 PENUTUP

Sebenarnya program-program yang dicadangkan di bawah Pembangunan
Inovasi dan Kreativiti ini secara langsung dan tidak langsung berkait rapat dengan
program-program yang boleh dirancang di bawah Pembangunan ICT dan Pemba-
ngunan Modal Insan Guru yang akan dijalankan oleh Bidang Matematik dan
Sains serta Bidang Kemanusiaan. Juga tidak ketinggalan program-program inovasi
yang boleh dirancang oleh unit HEM, Kokurikulum, PSS dan sebagainya.Justeru,
jelaslah menunjukkan bahawa kesemua bidang dan unit yang dinyatakan tadi
boleh menggembleng tenaga bersama-sama ke arah melahirkan warga guru
yang kreatif dan berinovatif. Menjadi harapan juga agar semua pihak dapat
turut menyumbangkan idea bagi menjalankan program-program inovasi dalam
kalangan guru serta staf di SMK Tun Mutahir.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, Disah dan diluluskan oleh,


………………………………….. …………………………………….
( LATIFAH BT HASSAN ) ( HJ. ZOLKAPLY BIN YUNUS )
GKMP BAHASA/PENYELARAS PENGETUA,
PEMBANGUNAN KREATIVITI SMK TUN MUTAHIR
DAN INOVASI
JAWATANKUASA BERTINDAK DAN MODUS OPERANDI


-Pencetus idea
-Penggalak Pentadbir &
-Pemantau Penyelaras
-Perunding/konsultan




GURU-GURU CEMERLANG/ R&D

PEMBIMBING
JURULATIH
PAKAR RUJUK





KUMPULAN KUMPULAN KUMPULAN KUMPULAN
INOVASI INOVASI INOVASI INOVASI



Panitia PSS B&K HEM &
KOKU P.KHAS




Lain-lain








JAWATANKUASA PENILAI