Monday, October 26, 2009

Bulan Oktober adalah Bulan Kualiti 2009

SMK Tun Mutahir akan mengadakan Bulan Kualiti 2009 pada 1-30 Oktober 2009. Pelbagai aktiviti akan diadakan. Antaranya ialah Slogan Q, Pelbagai Pertandingan Q, Pameran Q dan Anugerah Q. Pameran Q dan Anugerah Q akan diadakan pada 30 Oktober 2009 bersamaan Hari Jumaat jam 6.00 petang hingga 11.00 malam. Dijangkakan YB Datuk Mat Sirat akan hadir sebagai tetamu kehormat. Tujuan diadakan bulan Q adalah satu cara untuk meningkatkan komitmen guru-guru dan staf sokongan terhadap tugas mereka disamping meraikan kejayaan dan pencapaian yang telah mereka usahakan ke arah meralisasikan visi sekolah berkesan.