KERTAS KERJA PROGRAM BIJAK BELAJAR TAHUN 2011
1.0 PENDAHULUAN
Kecemerlangan dalam kerjaya dan dunia materialistik sering menjadi idaman semua orang dewasa ini. Namun demikian dalam mengejar kecemerlangan, para pelajar sering kali terlupa bahawa aspek keberkesanan dan kualiti dalam akademik telah dipinggirkan dan tidak diambil perhatian. Kebanyakan daripada pelajar kurang menitikberatkan kemahiran-kemahiran belajar yang sistematik dan konsisten. Oleh yang demikian, Program Bijak Belajar ini dirancang untuk membantu memperkukuhkan tahap pencapaian akademik para pelajar di sekolah ini.
2.0 RASIONAL
Program ini dijalankan bagi membantu meningkatkan kesedaran para pelajar untuk menguasai teknik-teknik dan kemahiran dalam pembelajaran. Selain itu, program ini dapat juga memberi pendedahan dan garis panduan untuk menjadi pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
3.0 MATLAMAT
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memperkukuh dan memperkasakan prestasi akademik dan akhirnya dapat menjadi pelajar-pelajar yang dapat dicontohi oleh semua lapisan masyarakat.
4.0 OBJEKTIF
4.1 Memberi kesedaran kepada para pelajar untuk meningkatkan prestasi dalam akademik.
4.2 Mengamalkan suasana belajar yang kondusif dan positif dari masa ke masa.
4.3 Menyuntik semangat pembelajaran dalam diri semua pelajar dan dapat mengetahui teknik belajar yang betul.
5.0 KUMPULAN SASARAN
Para pelajar tingkatan 1, 3, 4 dan 5
6.0 TARIKH / TEMPAT & MASA
Tarikh : 24 Januari 2011 ( Isnin ) - Para pelajar tingkatan 1
25 Januari 2011 (Selasa) - Para pelajar tingkatan 4
26 Januari 2011 (Rabu) –Para pelajar tingkatan 3
27 Januari 2011 (Khamis) - Para pelajar tingkatan 5
Tempat : Dewan Mutahir
Masa : 11.30 pm – 1.00 pm (tingkatan 1)
12.00 pm – 1.30 pm (tingkatan 3, 4 dan 5 )
7.0 PENGANJUR
Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKTMu
8.0 PERBELANJAAN PROGRAM
Sila Rujuk Lampiran A
9.0 INPUT
Segala input sewaktu ceramah / sesi dialog / soal jawab sewaktu ceramah
dijalankan.
10.0 JAWATANKUASA PROGRAM
Sila Rujuk Lampiran B
11.0 JADUAL TENTATIF PROGRAM
Sila Rujuk Lampiran C
12.0 PENILAIAN PROGRAM
12.1 Perubahan dalam pencapaian dan prestasi akademik yang lebih baik
berbanding sebelum program ini dijalankan dalam diri masing-masing.
12.2 Mendapat kejayaan serta keberkatan hidup sama ada di dunia dan di
akhirat kelak.
13.0 PENUTUP DAN RUMUSAN
Diharapkan dengan kerjasama dan sokongan yang padu dalam kalangan semua jawatankuasa yang terlibat menjayakan program ini akan dapat membantu memperkukuh dan memperkasakan nilai-nilai keilmuan seterusnya dapat menghayati serta mengamalkan teknik-teknik dan kemahiran belajar yang betul supaya dapat menjadi pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat.
‘ Kecemerlangan Akademik Teras Pembangunan Negara ’
DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK OLEH,
…………………………………….... ……………………………....
( PN. SITI MARIAM BINTI HUSSIN ) ( PN. MANJA BT MD. DOLI )
Setiausaha Program Bijak Belajar, Pengerusi IV
SMK Tun Mutahir, Program Bijak Belajar,
Batu Berendam, Melaka. SMK Tun Mutahir,
Batu Berendam, Melaka.
DISAHKAN OLEH,
…………………………………..
( HJ. ZOLKAPLY BIN YUNUS )
Pengetua
SMK Tun Mutahir,
Batu Berendam, Melaka.