1.0 PENDAHULUAN
Pencapaian prestasi Matematik dalam peperiksaan dalaman dan awam didapati masih rendah di peringkat sekolah dan di peringkat negeri Melaka. Untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti, Panitia Matematik memperkenalkan Program KBK (Kawan Bantu Kawan) kepada semua pelajar tingkatan 1,2,3,4 dan 5 bagi 3 kelas yang pertama setiap tingkatan.
Seperti yang diketahui mempelajari matematik memerlukan disiplin yang tinggi. Untuk menguasai matematik, pelajar perlu banyak membuat latihan. Semakin banyak latihan yang dibuat, semakin cekap pelajar dapat menguasai sesuatu topik. Oleh kerana itu ,program ini diperkenalkan bagi membantu pelajar lemah menjadi pelajar cemerlang supaya setiap pelajar dapat berkongsi belajar bagi meningkatkan peratus lulus dari segi kualiti dan kuantiti dalam peperiksaan dalaman dan awam.
2.0 MATLAMAT
Meningkatkan kualiti dan kuantiti peratus lulus mata pelajaran Matematik dalam peperiksaan dalaman dan awam.
(Sila rujuk Lampiran A)
3.0 OBJEKTIF
Bagi membantu pelajar yang sederhana dan lemah pencapaiannya dalam Matematik untuk:
· Mendapat keputusan gred cemerlang A+ atau A.
· Meningkatkan motivasi pelajar sederhana dan lemah supaya dapat bersaing dengan prestasi pelajar cemerlang.
· Mencapai target cemerlang (> 50% ) di peringkat PMR dan SPM.
4.0 SASARAN
Guru matematik (mata pelajaran), 3 kelas pertama setiap tingkatan - Menengah Rendah (Kelas Ixora, Alamanda, Jasmine), Menengah Atas (Kelas SN, SSI, PA)
5.0 TARIKH, HARI DAN MASA
Tarikh: 14 Februari 2011 hingga Peperiksaan PMR dan SPM 2011
Dilaksanakan waktu persekolahan semasa pengajaran dan pembelajaran matematik dan di luar waktu persekolahan.
6.0 TEMPAT
Kelas masing-masing dan di luar kelas
7.0 PENGANJUR
Panitia Matematik, SMK Tun Mutahir, Melaka
8.0 SUMBER PENDAPATAN & ANGGARAN PERBELANJAAN
PCG Matematik ( Sila rujuk lampiran B )
9.0 INPUT
Latih-tubi dengan mengamalkan Kaedah Belajar Berkumpulan.
10.0 JAWATANKUASA
Sila rujuk lampiran C1 ,CII, D1 dan DII
11.0 JADUAL TENTATIF PROGRAM
Sila rujuk lampiran E
12.0 PENILAIAN PROGRAM
· Tugasan yang diberikan oleh guru (2 minggu sekali)
· Ujian dan Peperiksaan
· Kuiz
· Lain-lain
13.0 PENUTUP
Dengan sokongan padu serta pelbagai kepakaran dan pengalaman guru-guru Matematik, program ini diharap dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti mata pelajaran Matematik dalam peperiksaan dalaman dan awam setiap tahun.
Menerusi pelaksanaan Program KBK (Kawan Bantu Kawan) ini juga Panitia Matematik dapat melahirkan seramai mungkin pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran Matematik. Semoga program ini juga berjaya mencapai matlamat serta objektif visi dan misi sekolah.