Monday, October 26, 2009

Bulan Oktober adalah Bulan Kualiti 2009

SMK Tun Mutahir akan mengadakan Bulan Kualiti 2009 pada 1-30 Oktober 2009. Pelbagai aktiviti akan diadakan. Antaranya ialah Slogan Q, Pelbagai Pertandingan Q, Pameran Q dan Anugerah Q. Pameran Q dan Anugerah Q akan diadakan pada 30 Oktober 2009 bersamaan Hari Jumaat jam 6.00 petang hingga 11.00 malam. Dijangkakan YB Datuk Mat Sirat akan hadir sebagai tetamu kehormat. Tujuan diadakan bulan Q adalah satu cara untuk meningkatkan komitmen guru-guru dan staf sokongan terhadap tugas mereka disamping meraikan kejayaan dan pencapaian yang telah mereka usahakan ke arah meralisasikan visi sekolah berkesan.

Tuesday, October 20, 2009

Kursus di Johor Bahru

Salam. 19-22 Oktober, saya berkursus di Hotel Suria City di JB.

Wednesday, October 7, 2009

Mesyuarat Di Kuala Lumpur

Pada 12-14 Oktober 2009, saya akan hadir mesyuarat di The Regency Hotel KL. Kalau ada masa saya akan melawat kawan-kawan terutamanya Saudara Ali Maidin yang kini masih di hospital KL

Tuesday, September 29, 2009

Kembali Bertugas

Selepas cuti panjang Hari Raya Aidilfitri, saya kembali bertugas. Banyak kerja yang perlu diselesaikan. Persediaan murid-murid yang menghadapi peperiksaan PMR dan SPM serta program-program lain di sekolah. Tambahan pula anak-anak sendiri ambil peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan Matrikulasi. Doa semoga anak-anak dan anak murid berjaya dengan cemerlang.

Monday, September 14, 2009

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya kepada semua sahabat, guru-guru, murid-murid dan semua ahli keluarga. Maaf, Zahir dan Batin. Semoga semua sentiasa dilindungi Allah dari segala kesulitan dan sentiasa dirahmati.