Tuesday, January 4, 2011

PEKELILING KO KURIKULUM BIL 1/2011

Kepada,
Ruj Kami : SMKTMu
Ibu bapa/ Penjaga, Tarikh : Januari 2011
Murid-murid SMK Tun Mutahir,
Batu Berendam,
75350 Melaka.

Tuan/Puan,

MAKLUMAN BERKAITAN JADUAL AKTIVITI KOKURIKULUM SMK TUN MUTAHIR 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa perkara di atas adalah dirujuk.

2. Berikut adalah jadual pelaksanaan aktiviti kokurikulum sekolah yang akan mula berkuatkuasa pada 11 Januari 2011untuk makluman dan tindakan pihak tuan/puan:

PERKARA HARI MASA SESI PERSEKOLAHAN CATATAN

Latihan Rumah Sukan SELASA 10.00-11.00 pagi Petang Rumah Wira / Waja
3.00-4.30 petang Pagi
RABU 10.00-11.00 pagi Petang Rumah Satria/ Perdana/Putra
3.00- 4.30 petang Pagi
Perjumpaan Kelab / Persatuan / Pasukan Pakaian Seragam
RABU 11.00-12.30 t/hari Petang
1.30-3.00 petang Pagi

Perjumpaan Sukan / Permainan
(Program: 1 Murid, 1 Sukan)

ISNIN /
KHAMIS
10.00-11.30 pagi

Petang Anak jagaan tuan/ puan dikehendaki hadir hanya pada hari Isnin atau Khamis berdasarkan permainan yang didaftarkan.

2.00-3.30 petang
Pagi

3. Adalah dimaklumkan bahawa kehadiran bagi aktiviti kokurikulum adalah wajib bagi semua murid sekolah. Tuan/Puan diminta untuk menguruskan perjalanan pergi dan balik anak-anak jagaan tuan/puan berdasarkan kepada jadual yang telah ditetapkan.

Sekian, terima kasih.



BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menjalankan tugas,



HJ. ZOLKAPLY BIN YUNUS
Pengetua,
SMK Tun Mutahir,
Batu Berendam,
75350 Melaka.

ANALISIS SWOT

PERANCANGAN STRATEGIK KURIKULUM 2011-2015

ANALISIS SWOT

KEKUATAN (STRENGTH – S)

• S1 – Guru mencukupi – 100 % terlatih
• S2 - 60% guru mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun
• S3 - Kemudahan fizikal dan peralatan makmal sains mencukupi
• S4 - Ada kemudahan makmal komputer yang lengkap
• S5- Kemudahan perlatan PPSMI
• S6 – Ada guru berpengalaman memeriksa kertas peperiksaan PMR dan SPM
• S7 - Peruntukan PCG m/p, pusat sumber & motivasi mencukupi
S8 – Pentadbir berpengalaman KELEMAHAN (WEAKNESS – W)

• W1 – 80 % murid kurang berminat belajar (kurang bermotivasi)
• W2 – 10 % murid tidak menguasai 3M
• W3 – Murid tidak mempunyai kemahiran belajar
• W4 –Ada P & P guru kurang berkesan
• W5 - Ada guru dan murid kurang menguasai BM/BI


PELUANG (OPPORTUNITIES – O)

• O1 – PIBG membiayai dan menyokong aktiviti penting sekolah
• O2 – Bantuan sumber dari pihak luar seperti IPT, Jabatan/Agensi Kerajaan Wakil Rakyat/Ahli Parlimen dan Kerajaan Negeri Melaka
• O3 – Murid tinggal berdekatan sekolah
• O4 – Ada guru-guru pengalaman dari sekolah lain


ANCAMAN (THREATS – T)

• T1 – Kemasukan murid Tingkatan 1 rendah pencapaian UPSR
• T2 – Kurang sokongan ibu bapa
• T3 - Pertukaran masuk murid bermasah disiplin dari sekolah lain

PROGRAM INOVASI

STRUKTUR

KRA DAN KPI SEKOLAH

KRA DAN KPI SEKOLAH






KRA 1 MENGURANGKAN SALAH LAKU MURID

KPI 1 Sekurang-kurangnya 100 orang murid bermasalah telah diberi
diberi nasihat/kaunseling secara individu oleh guru-guru
seminggu.
KPI II Sekurang-kurangnya satu program penerapan nilai murni/
permurnian sahsiah murid yang bermasalah dilaksanakan setiap
bulan secara berkesan.
KPI III 95% - 100% pelaksanaan MBWA oleh guru bertugas,disiplin
dan pentadbiran.

KRA 2 MENINGKATKAN PRESTASI AKADEMIK

KPI 1 70% orang murid mencapai minimum D peringkat PMR.
KPI II 10% (30 orang) murid mencapai semua A dalam setiap mata pelajaran
PMR
KPI III 94% orang murid mendapat sijil dalam SPM.
KPI IV 7% (20 orang) murid mencapai semua A dalam setiap mata pelajaran
SPM.

KRA 3 MENAMBAH PENYERTAAN MURID DALAM KEGIATAN KO KURIKULUM/ SUKAN DI PERINGKAT,KEBANGSAAN DAN ANTARABANGSA

KPI 1 10% murid menyertai kegiatan ko kurikulum/sukan/kebudayaan
peringkat negeri.
KPI II 5% murid menyertai kegiatan ko kurikulum/sukan/kebudayaan
peringkat kebangsaan.
KPI III 1% murid menyertai kegiatan ko kurikulum/sukan/kebudayaan
peringkat antarabangsa.

Pekeliling Pengetua Bil 1/2011

PEKELILING PENGETUA BILANGAN 1/2011
ANUGERAH INOVASI SMK TUN MUTAHIR 2011
1.O Tujuan
Untuk memaklumkan kepada guru-guru dan staf sokongan sekolah ini mengenai sistem pemberiaan Anugerah Inovasi 2011 bagi yang telah berjaya memperkenalkan sesuatu inovasi dalam tugas mereka.
2.0 Definisi Inovasi
Setiap guru dan staf sokongan adalah perlu memperkenalkan inovasi atau idea-idea baru dalam semua aspek kerja untuk menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti. Perubahan-perubahan ini boleh berlaku dalam pelbagai bentuk seperti aplikasi penggunaan teknologi canggih terkini, perubahan-perubahan prosedur yang boleh menjimatkan tenaga, masa dan kos, kajian tindakan dan lain-lain cara yang sesuai.
3.0 Kategori Pemenang Anugerah Inovasi
Anugerah akan diberikan kepada kategori berikut:-
(a) Sebuah panitia
(b) Sebuah Unit/Jawatankuasa
(c) 10 orang guru/kaunselor (individu)
(d) 3 orang staf sokongan
(e) 1 orang pentadbir
yang benar-benar terlibat dalam merancang dan melaksanakan sesuatu inovasi itu.
4.0 Bentuk Anugerah
(a) Sebuah tropi
(b) Sijil
yang ditulis dengan cogan kata Anugerah Inovasi SMK Tun Mutahir 2011.
Sijil-sijil Penghargaan akan diberikan kepada mana-mana panitia, unit-unit, guru-guru, staf sokongan serta pentadbir yang terpilih untuk saringan terakhir.
5.0 Kriteria-kriteria Penilaian Untuk Mengiktiraf Sesuatu Perubahan Sebagai Inovasi
Kriteria-kriteria adalah berasaskan impak atau faedah-faedah hasil sesuatu inovasi atau perubahan-perubahan seperti berikut:-
(a) Setakat mana sesuatu inovasi atau perubahan telah mengurangkan kos operasi
(b) Setakat mana sesuatu inovasi atau perubahan telah menjimatkan masa dalam sesuatu urusan
(c) Setakat mana sesuatu inovasi atau perubahan telah meningkat prestasi kerja
(d) Setakat mana sesuatu inovasi atau perubahan telah meningkatkan kepuasan stakeholder
6.0 Cara Pelaksanaan
Setiap panitia, unit, jawatankuasa, guru-guru, staf sokongan dan pentadbir wajib melaksanakan sekurang-kurangnya satu program inovasi. Laporan hendaklah disediakan dan dihantar kepada Urusetia Anugerah Inovasi SMK Tun Mutahir 2011 (u.p: Puan Latifah Hassan) sebelum atau pada 30 SEPTEMBER 2011). Laporan hendaklah mengandungi tiga perkara berikut:
(a) Kedudukan sebelum inovasi dilaksanakan;
(b) Inovasi yang telah dilaksanakan; dan
(c) Faedah-faedah (Impak) dari inovasi yang dilaksanakan.

Pengetua SMK Tun Mutahir
03 Januari 2011

Friday, July 9, 2010

Kursus ICT di UTeM

Pada 10 Julai 2010 saya menghadiri kursus ICT di UTeM. Seramai kira-kira 109 orang guru-gur SMK Tun Mutahir hadir. Mereka telah diajar mengenai MS Power Point dan membuat blog.