Sunday, April 4, 2010

Gambar kenangan GPK PIBG

Gambar kenangan AJK PIBG diambil selepas majlis perpisahan YDP PIBG Tuan Haji Nordin bin Abdullah dan GPK 1 EN.Zainuddin bin Koming yang diadakan di Hotel Mahkota Melaka pada 4 April 2010

Bercuti di Air Terjun Sagil


SMK Tun mutahir 1st explorace


Thursday, November 26, 2009

Salam Aidiladha

Salam aidiladha untuk sahabat-sahabat dan kaum keluarga. Dihari Arafah ini, semoga kita diampunkan segala dosa dan mohon ditetapkan iman dan ditingkatkan taqwa. Semoga kita sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah dari kejahatan, musibah, kecelakaan atau mala petaka. Kita juga berdoa semoga diampunkan segala dosa kita, ibubapa kita, anak-anak kita dan kaum kerabat kita. Semoga kita juga dianugerahkan rezeki yang berpanjangan dan diberi kekuatan untuk menabur bakti kepada agama, bangsa dan negara. Doa kita juga tujukan kepada anak-anak dan anak-anak didik kita yang sedang menduduki peperiksaan semoga berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM.

Monday, October 26, 2009

Bulan Oktober adalah Bulan Kualiti 2009

SMK Tun Mutahir akan mengadakan Bulan Kualiti 2009 pada 1-30 Oktober 2009. Pelbagai aktiviti akan diadakan. Antaranya ialah Slogan Q, Pelbagai Pertandingan Q, Pameran Q dan Anugerah Q. Pameran Q dan Anugerah Q akan diadakan pada 30 Oktober 2009 bersamaan Hari Jumaat jam 6.00 petang hingga 11.00 malam. Dijangkakan YB Datuk Mat Sirat akan hadir sebagai tetamu kehormat. Tujuan diadakan bulan Q adalah satu cara untuk meningkatkan komitmen guru-guru dan staf sokongan terhadap tugas mereka disamping meraikan kejayaan dan pencapaian yang telah mereka usahakan ke arah meralisasikan visi sekolah berkesan.

Tuesday, October 20, 2009

Kursus di Johor Bahru

Salam. 19-22 Oktober, saya berkursus di Hotel Suria City di JB.

Wednesday, October 7, 2009

Mesyuarat Di Kuala Lumpur

Pada 12-14 Oktober 2009, saya akan hadir mesyuarat di The Regency Hotel KL. Kalau ada masa saya akan melawat kawan-kawan terutamanya Saudara Ali Maidin yang kini masih di hospital KL