Monday, December 31, 2012

KATA ALU-ALUAN PENGETUA UNTUK SESI PERSEKOLAHAN SMK ISKANDAR SHAH 2013



Assalamualaikum wbt, Salam Satu Malaysia dan Salam ‘Melaka Maju, Negeriku Sayang,
Negeri Bandar, Teknologi Hijau’.

                      Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat kembali bertugas kepada guru-guru dan semua staf sokongan sekolah ini. Marilah kita berdoa semoga sesi persekolahan tahun 2013 ini akan menjanjikan kejayaan yang lebih cemerlang bagi sekolah kita dalam semua aspek.
                      Sesungguhnya, sepanjang tahun 2012 yang lalu, kita telah banyak melakukan inovasi dan perubahan. Selain itu, kita juga telah menunjukkan beberapa peningkatan kualiti dalam pengurusan dan pentadbiran serta pengajaran dan pembelajaran. Impaknya, pengurusan dan pentadbiran telah bertambah cekap dan berkesan manakala mutu pengajaran dan pembelajaran semakin bertambah baik.
                      Justeru itu, tahun 2013 sekali lagi saya mengharapkan semua warga sekolah akan dapat berpadu tenaga untuk terus cemerlang dalam tugas masing-masing. Sebagai mana yang kita sedia maklum, tahun 2013 bermulanya gelombang pertama pelaksanaan transformasi pendidikan . Setiap warga sekolah adalah diharapkan akan dapat memahami sepenuhnya aspirasi  Kementerian Pelajaran Malaysia seperti yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
                      Semua warga sekolah juga diharapkan dapat menghasilkan beberapa inovasi lagi dalam tugas masing-masing sama ada secara individu mahu pun kerja berpasukan. Dengan adanya inovasi baru, kita akan dapat membuat lebih banyak perubahan dan penambahbaikan yang berterusan dari semasa ke semasa.
                      Akhir kata, apa pun cabaran dan transformasi yang datang kita harus berfikiran positif dan menerima dengan minda yang terbuka. Kita mesti bersatu untuk mencapai kecemerlangan bak kata pepatah “Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.” Teruskan tekad, gandakan usaha untuk tahun 2013 dengan harapan SMK Iskandar Shah akan terus cemerlang dalam semua aspek.
Sekian. Wassalam.

Saturday, December 29, 2012

Dasar 60:40 :Penggalakan Murid Ke Aliran Sains Tingkatan 4


15 perakuan dilaksana tambah bilangan pelajar aliran sains: Muhyiddin


Klik disini 


Pendaftaran Murid Tingkatan 1 2013

Pendaftaran murid tingkatan 1 SMK Iskandar Shah akan diadakan pada 1 Januari 2013(Selasa). Butiran lanjut, sila baca brosur yang dikepilkan di bawah:-

Klik di sini: brosur

Wednesday, December 19, 2012

SMK Iskandar Shah Capai 100% Kelulusan Minimun D PMR 2012

SMK Iskandar Shah telah menerima penghargaan dari Jabatan Pelajaran Melaka atas pencapaian 100% kelulusan minimun D PMR 2012. Sekolah ini juga dapat mempertingkatkan % A daripada 65% (2011) kepada 65.5% (2012). Gred purata sekolah juga bertambah baik daripada 1.46 kepada 1.45.  Tahniah kepada semua warga sekolah. Atas kejayaan itu SMK Iskandar Shah telah diberi penghargaan oleh YB Gan Tian Loo iaitu EXCO Pendidikan Melaka semasa hari pengumuman keputusan PMR  pada 19 Disember 2012

Thursday, November 22, 2012

Tarikh Akhir Pengisian Markah Akhir Tahun 2012 Dalam SAPS

Untuk makluman dan perhatian guru-guru yang berkaitan sahaja. Dimaklumkan bahawa tarikh akhir memasukkan markah Peperiksaan Akhir Tahun dalam SAPS adalah pada 30 NOVEMBER 2012 (Untuk tingkatan 2 dan 4).

Tuesday, November 20, 2012

Challenge of a Leader

Being a leader of an organization is not a simple matter. It requires a level of knowledge and skill to treat a variety of bureaucratic behavior of subordinates. Leaders must wisely select appropriate strategies to meet the goals of the organization as well as job satisfaction of subordinates.

Wednesday, October 17, 2012

Pemenang Anugerah Platinum Malaysia Greentech Awards 2012

Pengetua SMK Iskandar Shah, Tuan Haji Zolkaply Bin Yunus (berdiri 3 dari kiri) bergambar bersama YAB Timbalan Perdana Menteri dan para pemenang Anugerah Platinum Malaysia Greentech Awards 2012 di Ballroom, Aras 3, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 12 Oktober 2012. SMK Iskandar, Jasin, Melaka telah memenangi kategori Greentech School Awards. Tahniah untuk semua warga sekolah.

Saturday, October 13, 2012

SMK Iskandar Shah Menang Anugerah Platinum Dalam Malaysia Greentech Awards 2012

SMK Iskandar Shah, Jasin, Melaka telah memenangi Anugerah Platinum bagi kategori Greentech School dalam Malaysia Greentech Awards 2012. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 12 Oktober 2012 bertempat di Ballroom, Aras 3 Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Tuan Haji Zolkaply bin Yunus selaku Pengetua Cemerlang SMK Iskandar Shah menerima anugerah tersebut. Tahniah diucapkan kepada semua warga sekolah SMK Iskandar Shah.

Saturday, October 6, 2012

Appreciation and Thank You


Salam sejahtera,


In my capacity as principal of SMK Iskandar Shah, Jasin, Melaka, I would like to thank the teachers, students and all those involved in the Green Technology Program until this school was selected as a winner in Malaysia Green Award 2012 for the category School Greentech .

Yours sincerely

Zolkaply Haji Yunus
Principal of SMK Iskandar Shah

Greetings PMR examination


I wish to all candidates sit the PMR 2012. You must have been ready. Make the best you can afford. You can do it, you're great. Good luck with excellence.

Yours sincerely

Haji Zolkaply Yunus
Principal

Wednesday, September 19, 2012

Usah membangau lagi

Bangau oh bangau adalah sebuah lagu tradisional Melayu. Pengajarannya supaya kita bersikap jujur, bercakap benar dan jangan berdalih apabila diajukan soalan.




Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S)

Dasar Satu Murid  Satu Sukan (1M1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi  intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Dasar ini memberi perhatian yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Pada masa yang sama, bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS)

Kursus ICT Untuk Pemimpin Instruksional( Pengetua)

Kursus di Institut Aminuddin Baki Genting Highlands ini dihadiri oleh 25 orang pengetua dari beberapa buah daerah di Malaysia. Kursus ini bermula dari 18 September hingga 21 September 2012. Antara pengisian kursus ialah Kepimpinan Instruksional Dalam Konteks Pendidikan di Malaysia, PPP Maklumat, Persembahan Berkesan, Sistem Pemantauan dan Penilaian ICT, Sistem Pemantauan dan Penilaian ICT, Instruksional Berasaskan Web dan Pelan Penggunaan ICT Organisasi.

Sunday, September 16, 2012

Berikan Galakan Untuk Anak-anak Supaya Menjadi Cemerlang

Salam untuk para pendidik dan ibubapa. Jika anak-anak hidup dengan galakan, dia belajar meyakini diri.

Ikhlas daripada

Haji Zolkaply Yunus
Pengetua Cemerlang
SMK Iskandar Shah
Jasin, Melaka

Bersedialah Menghadapi Peperiksaan PMR, SPM dan STPM 2012

Salam untuk anak-anak murid. Anda ingin menjadi murid cemerlang PMR, SPM dan STPM 2012. Teruskan usaha supaya dapat mengejar cita-cita. Murid yang baik dan rajin berusaha saya yakin akan berjaya. Kecemerlangan menanti anda.


Ikhlas daripada

Haji Zolkaply Yunus
Pengetua Cemerlang
SMK Iskandar Shah
Jasin, Melaka

Sunday, September 2, 2012