Wednesday, May 13, 2009

Majlis Reunion Munshi Abdulllah Dalam Akhbar MHI 13 Mei 2009

Majlis Reunion Munshi Abdullah78 telah mendapat liputan Akhbar Melaka Hari Ini pada 12 Mei 2009. Gambar sebelah kanan menunjukkan bekas Ketua Pengawas 1978, Datuk Mat Sirat Abu menyampaikan hadiah kepada saudara Ali Maidin, iaitu orang kuat yang merancang majlis ini.

Sunday, May 10, 2009

GAMBAR REUNION MUNSHI ABDULLAH78 PADA 10 MEI 2009 DI WARISAN RESORT AYER KEROH

Pada 10 Mei 2009 yang lalu, saya telah menghadiri Majlis Reunion bekas pelajar-pelajar Tingkatan 6 Atas yang belajar di SMK Munshi Abdullah pada tahun 1978. Pada masa itu, saya belajar dalam kelas 6 Atas Sains 1. Gambar diatas menunjukkan seramai 83 orang bekas pelajar pada tahun tersebut telah hadir. Gambar saya adalah yang ketiga duduk dari kiri

Friday, May 8, 2009

Tugas pengetua sebagai pemimpin kurikulum



Sebagai pemimpin kurikulum, saya juga membimbing guru-guru dalam P&P termasuklah membimbing guru-guru pelatih dan GSTT. Gambar menunjukkan saya dan guru pelatih, Cik Nur Raidah Salim dari UPM sedang berbincang mengenai tajuk pengajaran hari ini

Tugas Harian Saya


Selalunya di awal pagi saya berbincang dengan Guru Penolong Kanan 1, Encik Zainuddin Bin Koming mengenai masalah-masalah yang dihadapi untuk diambil tindakan segera berdasarkan laporan guru bertugas dan laporan MBWA. Ini adalah satu cara kaedah pemantauan dan tindakan susulan dalam pengurusan harian saya.

Thursday, May 7, 2009



Di hadapan itu, Muhammad Zuhairi Zolkaply, anak keempat. Akan menduduki UPSR pada tahun ini.

Yang di belakang itu ialah Siti Zuhairah Zolkaply, anak bongsu(No.5).

Kedua-dua mereka bersekolah di Sk. Paya Mas, Tangkak, Johor.






Anak ketiga, Muhammad Zubaidi Zolkaply. Bersekolah di SMK Munsyi Abdullah dalam Tingkatan 3 Aliran Agama. Pada tahun ini menduduki PMR.



Anak kedua, namanya Siti Zubaidah Zolkaply. Akan mengambil SPM 2009. Bersekolah di SMK Sri Tangkak, Johor. Bercita-cita ingin menjadi akauntan.


Anak pertama saya, Siti Zulaiha Zolkaply. Lahir pada 14 Januari 1991 di Sabah. Seorang pelajar di Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak.


Inilah isteri saya, Hjh Rusilah Binti Jais. Bertugas sebagai Ketua Jabatan Matematik di Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak.