Assalamualaikum
wbt, Salam Satu Malaysia
dan Salam ‘Melaka Maju, Negeriku Sayang,
Negeri
Bandar, Teknologi Hijau’.
Terlebih dahulu saya ingin
mengucapkan selamat kembali bertugas kepada guru-guru dan semua staf sokongan
sekolah ini. Marilah kita berdoa semoga sesi persekolahan tahun 2013 ini akan
menjanjikan kejayaan yang lebih cemerlang bagi sekolah kita dalam semua aspek.
Sesungguhnya, sepanjang
tahun 2012 yang lalu, kita telah banyak melakukan inovasi dan perubahan. Selain
itu, kita juga telah menunjukkan beberapa peningkatan kualiti dalam pengurusan
dan pentadbiran serta pengajaran dan pembelajaran. Impaknya, pengurusan dan
pentadbiran telah bertambah cekap dan berkesan manakala mutu pengajaran dan
pembelajaran semakin bertambah baik.
Justeru itu, tahun 2013
sekali lagi saya mengharapkan semua warga sekolah akan dapat berpadu tenaga
untuk terus cemerlang dalam tugas masing-masing. Sebagai mana yang kita sedia
maklum, tahun 2013 bermulanya gelombang pertama pelaksanaan transformasi pendidikan
. Setiap warga sekolah adalah diharapkan akan dapat memahami sepenuhnya
aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia
seperti yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Semua warga sekolah juga diharapkan
dapat menghasilkan beberapa inovasi lagi dalam tugas masing-masing sama ada
secara individu mahu pun kerja berpasukan. Dengan adanya inovasi baru, kita
akan dapat membuat lebih banyak perubahan dan penambahbaikan yang berterusan
dari semasa ke semasa.
Akhir kata, apa pun
cabaran dan transformasi yang datang kita harus berfikiran positif dan menerima
dengan minda yang terbuka. Kita mesti bersatu untuk mencapai kecemerlangan bak
kata pepatah “Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.”
Teruskan tekad, gandakan usaha untuk tahun 2013 dengan harapan SMK Iskandar
Shah akan terus cemerlang dalam semua aspek.
Sekian.
Wassalam.